Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 5 >> 

FATSAL V.

1SŬBARMULA adapun sŭbab kita tŭlah dibŭnerkan ulih iman, maka kita bŭrulihlah pŭrdamiean antara Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami.

2Maka dŭngan sŭbabnya juga kita pŭrulih jalan masok, ulih sŭbab iman, kŭdalam anugrah ini yang tŭmpat kita bŭrtumpu, dan bŭrsuka chitalah dŭngan harap akan kŭmuliaan Allah.

3Maka bukannya dŭmkian itu sahja, mŭlainkan kita pun tŭrmŭgahlah dalam hal kasukaran pun, sŭbab kita mŭngtabui, bahwa kasukaran itu mŭngadakan sabar adanya.

4Maka sabar itu mŭngadakan kŭbiasaan, dan kŭbiasaan itu mŭngadakan harap.

5Adapun harap itu tiada mŭndatangkan malu, sŭbab kasih Allah itu dituangkan dalam hati kita ulih Roh Alkudos yang tŭlah dianugrahkan kapada kita.

6Kŭrna tŭtkala kita lagi tiada bŭrkwasa, maka pada waktu yang tŭntu, Almasih tŭlah mati mŭnggantikan orang bŭrdosa,

7Kŭrna jaranglah sa’orang pun yang mahu mati akan ganti sa’orang yang bŭnar itu, tŭtapi barang kali ada juga yang brani mati ganti sa’orang yang baik.

8Tŭtapi tŭlah dinyatakan Allah kasihnya bagie kita tŭtkala kita lagi orang bŭrdosa, maka Almasih tŭlah mati akan ganti kita.

9Istimewa pula skarang kita sŭbab dibŭnarkan ulih darahnya, maka kita kŭlak akan dilŭpaskan deripada morka Allah dŭngan bŭrkatnya.

10Kŭrna jikalau tŭtkala kita lagi bŭrsŭtru, maka kita dipŭrdamiekan kapada Allah ulih kŭmatian Anaknya itu, istimewa pula ulih sŭbab kita tŭlah dipŭrdamiekan, maka kita kŭlak akan mŭndapat slamat ulih hidopnya.

11Dan bukannya dŭmkian itu sahja, mŭlainkan kita bŭrgŭmarlah pula kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kita, maka ulih sŭbabnyalah skarang kita sudah bŭrulih pŭrdamiean.

12Adapun sŭbab itu ulih sa’orang, dosa sudah masok kŭdalam dunia, dan kŭmatian itu datang sŭbab dosa; maka dŭmkian lagi kŭmatian itu mŭlalui atas sagala manusia, sŭbab skaliannya tŭlah bŭrdosa adanya.

13Maka sampielah kapada zaman datang tauret dosa itu sudah ada dalam dunia, tŭtapi dosa itu tiadalah ditanggongkan sŭbŭlom ada tauret.

14Akan tŭtapi kŭmatian itu tŭlah mŭnjadi pŭrtuanan, iya itu deripada zaman Adam sampie kapada zaman Musa, mŭskipun atas orang yang tiada bŭrbuat dosa mŭnurot pri kŭsalahan Adam pun, iyalah suatu tuladan bagie sa’orang yang akan datang.

15Tŭtapi bukannya spŭrti kŭsalahan Adam itu, dŭmkian pula pŭmbrian yang murah itu, kŭrna jikalau ulih sŭbab kŭsalahan sa’orang, banyak orang mati, istimewa pula anugrah Allah, sŭrta dŭngan pŭmbrian ulih anugrah yang datang deri pada sa’orang, iya itu Isa Almasih, sudah mŭliputi kapada kŭbanyakkan orang.

16Maka bukannya spŭrti sa’orang yang tŭlah bŭrdosa itu, dŭmkian pula pŭmbrian itu pun, kŭrna hukum itu tŭlah datang ulih sŭbab suatu salah akan diseksakan; akan tŭtapi pŭmbrian yang murah itulah datang deri sŭbab banyak kŭsalahan akan dibŭnarkan.

17Kŭrna jikalau sŭbab kŭsalahan sa’orang, kŭmatian itu mŭnjadi pŭrtuanan ulih sŭbab sa’orang itu, istimewa pula orang orang yang bŭrulih banyak anugrah dan pŭmbrian kabŭnaran itu kŭlak akan dipŭrtuan dalam slamat kŭkal ulih sŭbab sa’orang, iya itu Isa Almasih.

18Sŭbab itu spŭrti kŭsalahan sa’orang itu, maka hukum tŭlah datang atas sagala manusia akan diseksakan, maka dŭmkianlah juga kabŭnaran sa’orang itu tŭlah mŭndatangkan pŭmbrian yang murah itu atas sagala manusia akan dibŭnarkan bŭrulih slamat kŭkal.

19Kŭrna spŭrti banyak manusia tŭlah dijadikan bŭrdosa sŭbab dŭrhaka sa’orang, maka dŭmkianlah juga banyak orang akan dijadikan bŭnar sŭbab kŭbaktian sa’orang.

20Tambahan pula, adapun tauret itu tŭlah datang, supaya kŭsalahan itu bulih bŭrlempah; akan tŭtapi barang dimana dosa itu tŭlah bŭrlempah, anugrah itu pun makinlah banyak bŭrlempah.

21Maka adapun spŭrti dosa itu sudah dipŭrtuan kapada kŭmatian, maka dŭmkianlah juga anugrah itu pun bulih dipŭrtuan ulih sŭbab kabŭnaran kapada slamat kŭkal dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel