Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 13 >> 

FATSAL XIII.

1BŬRMULA aku pun bŭrdirilah diatas pasir laut, maka kulihat binatang sa’ekor tŭrbit deri dalam laut, yang ada bŭrkŭpala tujoh, dan bŭrtandok sa’puloh, dan diatas tandoknya itu adalah sa’puloh mahkota, maka dikŭpalanya itu adalah tŭrsurat nama hujat.

2Maka adapun binatang yang kulihat itu, iya itu sŭrupa dŭngan harimau kumbang, maka kakinya spŭrti kaki bŭruang, dan mulotnya spŭrti mulot singa; maka naga itu tŭlah mŭmbri kwasanya padanya, dan kadudokkannya, sŭrta pŭmrentahannya.

3Maka kulihat suatu deri pada kŭpalanya itu spŭrti luka luka mŭmbawa mati, maka lukanya yang para itu pun tŭlah disŭmbohkanlah; maka sagala isi dunia pun tŭrchŭngang chŭngang mŭngikot binatang itu.

4Maka disŭmbahlah ulih marika itu naga yang tŭlah mŭmbrikan kwasa kapada binatang itu, sŭrta disŭmbahnyalah pula akan binatang itu, katanya, Siapakah yang sama dŭngan binatang itu, dan siapakah yang dapat bŭrprang dŭngan dia?

5Maka tŭlah dibrilah padanya suatu mulot yang bŭrkata kata pŭrkara yang bŭsar bŭsar, dan hujat hujat; danlagi kwasa pun tŭlah dibrikan padanya, supaya iya tŭtap ampat puloh dua bulan lamanya.

6Maka dibukanyalah mulotnya dŭngan mŭnghujat Allah, iya itu mŭnghujatkan namanya, dan akan ka’abahnya, dan orang yang mŭngdiami shorga.

7Maka dibri pula padanya bŭrprang dŭngan orang orang salih, sŭrta mŭngalahkan marika itu; danlagi tŭlah dibri kwasa akan dia atas sagala katuronan, dan bahsa, dan sagala bangsa.

8Maka sagala orang yang mŭngdiami diatas bumi ini kŭlak akan mŭnyŭmbah dia, yang nama marika itu tiadalah dituliskan dalam kitab hayat anak Domba yang tŭlah disŭmblih deripada alasan dunia.

9Jikalau ada orang yang bŭrtŭlinga, handaklah iya mŭnŭngar.

10Maka barang siapa yang mŭmbawa kapada tawanan, maka iya kŭlak akan dimasokkan kadalam tawanan; dan barang siapa yang mŭmbunoh dŭngan pŭdang, maka dapat tiada iyapun akan dibunoh dŭngan pŭdang: maka inilah sabar dan iman orang orang salih.

11Maka kulihat pula sa’ekor binatang lain kluar deri bumi; adalah bagienya dua tandok spŭrti anak domba, maka iya bŭrtutor spŭrti naga.

12Maka dilakukannyalah sagala kwasa binatang yang pŭrtama itu dihadapannya, sŭrta pula dijadikannya sagala isi bumi, dan sagala orang yang mŭngdiami dalamnya itu mŭnyŭmbah akan binatang yang pŭrtama itu, yang luka paranya tŭlah disŭmbohkan.

13Sŭrta diadakannya ajaib yang bŭsar bŭsar, sahingga dituronkannya api deri langit ka’atas bumi dihadapan sagala manusia.

14Maka ditipunyalah akan orang orang yang mŭngdiami diatas bumi dŭngan mujizat mujizat yang iya ada bŭrkwasa mŭngadakan dihadapan binatang itu; sambil iya bŭrkata kapada orang orang yang mŭngdiami diatas bumi, supaya dijadikan ulih marika itu suatu gambar spŭrti rupa binatang yang dilukai ulih pŭdang, dan tŭlah hidop pula.

15Maka bŭrkwasalah pula iya mŭnghidopkan gambar binatang itu supaya gambar binatang itu dapat bŭrtutor, dan mŭnjadikan sŭbanyak orang yang tiada mahu mŭnyŭmbah gambar binatang itu patut dibunoh.

16Dan dijadikannya skalian, baik kŭchil baik bŭsar, baik kaya baik mŭskin, baik mŭrdehka baik abdi, mŭnŭrima satu tanda ditangan kanannya atau didahinya.

17Maka barang sa’orang juapun ta’bulihlah bŭrjual bŭli, mŭlainkan orang yang ada mŭmpunyai tanda itu, atau nama binatang itu, atau bilangan namanya itu.

18Inilah hikmat. Biarlah orang yang ada bŭrbudi itu mŭmbilang banyaknya binatang itu; kŭrna bilangannya itu bilangan sa’orang manusia, dan bilangannya itu anam ratus anam puloh anam.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel