Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 22 >> 

FATSAL XXII.

1MAKA diunjokkannyalah padaku sungie ayer hayat yang jŭrnih, jŭrnihnya spŭrti hablor, iya itu mŭngalir kluar deripada arash Allah, dan anak Domba itu.

2Maka ditŭngah tŭngah lorong nŭgri itu, dan sŭbrang mŭnyŭbrang sungie itu, ada pohon kayu hayat yang bŭrbuah duablas jŭnis buah, maka iya mŭngadakan buahnya pada tiap tiap bulan; maka daun daun pohon itu akan mŭnjadikan sŭmboh sagala bangsa.

3Maka tiadalah laanat lagi: dalamnya itu adalah arash Allah dan anak Domba itu; maka sagala hambanya pun akan bŭrbakti padanya.

4Maka marika itu akan mŭlihat mukanya; dan namanya pun adalah kŭlak didahinya.

5Maka malam pun tiadalah disana: maka dian pun tiadalah bŭrguna pada marika itu, atau trang matahari; kŭrna ditrangi akan dia ulih Tuhan Allah: maka marika itu kŭlak bŭrkrajaanlah slama lamanya.

6Lalu bŭrkatalah iya padaku, Sagala pŭrkataan inilah sŭtiawan dan bŭnar adanya: maka Allah Tuhan sagala nabi yang suchi itu mŭnyurohkan mŭliekatnya mŭnunjokkan kapada hamba hambanya sagala pŭrkara yang ta’dapat tiada akan jadi kŭlak dŭngan sŭgranya.

7Bahwa sŭsungguhnya, datanglah aku dŭngan sŭgranya: bŭrbagialah kiranya orang yang mŭmliharakan pŭrkataan nabuat nabuatan kitab ini.

8Maka aku Yahya tŭlah mŭlihat, dan mŭnŭngar sagala pŭrkara ini. Maka apabila aku mŭnŭngar dan mŭlihat, maka sujudlah aku mŭnyŭmbah dikaki mŭliekat yang mŭnunjokkan sagala pŭrkara ini padaku.

9Sŭtlah itu maka katanya padaku, Ingatlah angkau jangan buat: kŭrna aku pun sama hamba spŭrti angkau juga, dan saudara saudaramu nabi nabi itu, dan orang orang yang mŭmliharakan pŭrkataan kitab ini: Sŭmbahlah Allah.

10Maka bŭrkatalah pula iya padaku, Janganlah angkau mutriekan pŭrkataan nabuatan kitab ini: kŭrna kutikanya sudah hampir.

11Maka orang yang tiada bŭnar itu, biarlah iya tinggal juga tiada bŭnar: dan orang yang chŭmar, biarlah iya tinggal chŭmar juga, dan orang yang adil itu, biarlah iya tinggal adil juga; dan orang yang suchi itu, biarlah iya tinggal suchi juga.

12Bahwa sŭsungguhnya aku datang dŭngan sŭgranya, dan fahalaku bŭsŭrta dŭngan aku, iya itu akan mŭmbri kapada masing masing orang spŭrti kŭlak pŭrbuatannya.

13Bahwa aku Alif dan Ya, pŭrmulaan dan kasudahan, pŭrtama dan pŭnghabisan.

14Bŭrbahgialah kiranya sagala orang yang mŭlakukan hukum hukumannya, supaya iya bŭrpatutan mŭndapat pohon kayu hayat, dan bulih masok mŭlalui pintu gŭrbang kŭdalam nŭgri itu.

15Kŭrna diluarnya itu ada anjing, dan orang hubatan, dan orang yang bŭrzinah, dan pŭmbunoh, dan yang mŭnyŭmbah bŭrhala, dan barang siapa yang mŭngasihi dan mŭlakukan dusta.

16Adapun akulah Isa tŭlah mŭnyurohkan mŭliekatku mŭnyatakan padamu sagala pŭrkara ini dalam sidang sidang jŭmaah, bahwasanya aku inilah akar dan turon tŭmuron deripada Daud, dan bintang timor yang gilang gumilang itu.

17Adapun Roh dan pŭngantin pŭrampuan itu bŭrkata, Datanglah. Maka biarlah orang yang mŭnŭngar itupun bŭrkata, Datanglah. Maka biarlah orang yang dahaga itupun datang, dan barang siapa yang mahu, biarlah diambilnya ayer hayat dŭngan chuma chuma.

18Kŭrna aku mŭnyatakan kapada sagala orang yang mŭnŭngar pŭrkataan nabuatan kitab ini, maka jikalau barang siapa kŭlak mŭnambahi akan pŭrkara pŭrkara ini, nŭschaya ditambah Allah bagienya bala bala yang ada tŭrtulis dalam kitab ini:

19Dan jikalau barang siapa yang mŭngurangi deripada pŭrkataan kitab nabuatan ini, nŭschaya dihilangkan Allah bahgiannya deripada kitab hayat, dan deripada nŭgri yang suchi itu, dan deripada sagala pŭrkara yang tŭrtulis dalam kitab ini.

20Bahwa kata orang yang mŭnyaksikan akan sagala pŭrkara ini, Sŭsungguhnyalah aku datang dŭngan sŭgranya; Amin. Dŭmkianlah kŭlak datang Tuhan Isa.

21Maka biarlah kiranya nihmat Tuhan kami Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan kamu skalian. Amin.c TAMAT.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel