Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yakobus 2 >> 

FATSAL II.

1SAUDARA saudaraku, janganlah kiranya kamu mŭmŭgang iman Tuhan kami Isa Almasih yang maha mulia itu dŭngan mŭmandang muka orang.

2Kŭrna jikalau kiranya masok sa’orang kadalam mŭjlis kamu yang ada bŭrchinchin mas, dan mŭmakie pakiean yang elok, danlagi masok pula sa’orang mŭskin yang mŭmakie pakiean burok burok;

3Dan kamu mŭngindahkan orang yang mŭmakie pakiean yang elok itu, sŭrta bŭrkata padanya, Duduklah angkau disini ditŭmpat yang baik; dan bŭrkata pada orang mŭskin itu, Bŭrdirilah angkau disana, atau dudoklah disini dibawah alas kakiku.

4Bukankah kamu mŭmbethakan dalam hatimu sŭndiri, dan tŭlah mŭnjadi hakim yang mŭnaroh fikiran yang jahat?

5Dŭngarlah ulihmu saudara saudara yang kukasih, bahwa bukankah Allah tŭlah mŭnilik akan orang mŭskin didalam dunia ini, dan yang kaya dalam iman, dan warith warith akan krajaan yang tŭlah dijanjikannya bagie sagala orang yang mŭngasihi akan dia?

6Tŭtapi kamu ini mŭnghinakan orang mŭskin itu. Bukankah orang orang kaya itu mŭngannyayai, dan mŭnghela kamu kadalam tŭmpat bichara?

7Maka bukankah marika itu mŭnghujatkan akan nama layak itu yang kamu ada dinamai?

8Maka jikalau kiranya kamu mŭnurot raja hukum itu, iya itu spŭrti dalam kitab Allah, handaklah angkau mŭngasihani akan samamu manusia spŭrti dirimu sŭndiri, alangkah baik.

9Tŭtapi jikalau kamu mŭmandang muka manusia, maka kamulah bŭrbuat dosa, dan akan ditŭmplak ulih hukum spŭrti orang yang bŭrsalah.

10Kŭrna barang siapa yang mŭmŭgang sagala hukum itu, tŭtapi jikalau iya bŭrsalah dalam suatu pŭrkara sahja, maka iyalah juga sudah bŭrsalah dalam skaliannya itu.

11Kŭrna hukum yang tŭlah bŭrkata, Janganlah bŭrbuat zinah, katanya pula, Janganlah mŭmbunoh orang, maka jikalau kiranya kamu tiada bŭrbuat zinah, tŭtapi mŭmbunoh orang, kamu tŭlah mŭnjadi orang mŭlalui hukum.

12Maka dŭmkianlah kata, dŭmkianlah buat, spŭrti orang orang yang dipreksai ulih hukum kabibasan.

13Kŭrna orang yang tiada mŭnaroh kasihan itu kŭlak akan dihukumkan dŭngan tiada kasihan; adapun kasihan itu tŭrmŭgahlah atas hukum.

14Shahadan saudara saudaraku, bahwa apakah kauntongannya, mŭskipun kiranya sa’orang bŭrkata iya ada bŭriman, tŭtapi tiada bŭramal, bulihkah iman itu mŭmliharakan dia?

15Jikalau kiranya sa’orang saudara laki laki atau pŭrampuan ada bŭrtlanjang, dan bŭrkurangan makanan sa’hari hari;

16Dan barang sa’orang deripada kamu bŭrkata kapadanya, Pŭrgilah kamu dŭngan sŭjahtranya, biarlah kamu panas dan kŭnyang; akan tŭtapi tiada angkau bri pada marika itu pŭrkara pŭrkara yang bŭrguna pada tubohnya, maka apakah kauntongannya?

17Maka dŭmkianlah adanya iman itupun, jikalau tiada amalnya, nŭschaya matilah iya sŭbab iya kasunyian.

18Bahkan, sa’orang bulih bŭrkata, Angkau ini ada bŭriman, dan aku ini ada bŭramal: unjokkanlah padaku imanmu itu dŭngan tiada amalmu, maka aku pun kŭlak mŭnunjokkan padamu imanku ulih amalku.

19Maka angkau pŭrchaya bahwa Allah itu hanya suatu, alangkah baik; iblis pun pŭrchaya sŭrta dŭngan gŭmŭntarnya.

20Akan tŭtapi handaklah angkau kŭtahui hie orang yang sia sia, adapun iman dŭngan tiada bŭramal itu iya itu mati adanya.

21Bukankah Ibrahim bapa kami itu tŭlah dibŭnarkan deri sŭbab amalnya, tŭtkala iya tŭlah mŭmpŭrsŭmbahkan Isahak anaknya itu diatas tŭmpat pŭrsŭmbahan itu?

22Tengoklah angkau bagimana imannya tŭlah bŭrlaku dŭngan amalnya, maka dŭngan amal itu juga iman itu disampornakan.

23Maka tŭlah gŭnaplah kitab Allah yang bŭrkata, Ibrahim itu pŭrchaya akan Allah, maka sŭbab itu dibilangkan dia bŭnar, sŭrta disŭbut akan dia sahabat Allah.

24Maka kamu tengoklah skarang, bahwa sa’orang manusia itu dibŭnarkan deri sŭbab amalnya, dan bukannya sŭbab iman sahja.

25Dan dŭmkian lagi bukankah Rahab pŭrampuan sundal itu dibŭnarkan deri sŭbab amal, tŭtkala iya mŭnyambut utus utusan, dan disurohnya pula kluar akan dia pada jalan yang lain?

26Kŭrna spŭrti tuboh itu dŭngan tiada bŭrnyawa matilah, dŭmkian lagi iman itu dŭngan tiada bŭramal matilah juga adanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yakobus 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran