Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 16 >> 

FATSAL XVI.

1BŬRMULA sagala pŭrkara ini aku katakan padamu, supaya jangan masok shak dalam hati kamu.

2Kŭrna orang nanti tolakkan kamu kluar deri dalam kŭnisa, maka bahwasanya waktu akan datang, adapun orang yang mŭmbunoh kamu itu pada sangkanya iya bŭrbuat kŭbakhtian bagie Allah.

3Adapun sagala pŭrkara ini akan dipŭrbuat kapadamu, sŭbab marika itu tiada mŭngŭnal Ayah atau aku.

4Tŭtapi aku katakan padamu akan sagala pŭrkara ini, supaya apabila sampie kŭlak pada waktu itu, kamu bulih tŭringat, bahwa aku sudah mŭngatakan sagala pŭrkara ini kapadamu; adapun sagala pŭrkara itu aku tiada mŭngatakan padamu deripada mulanya, kŭrna aku ada lagi sŭrta dŭngan kamu.

5Tŭtapi skarang aku pŭrgilah kapadanya yang tŭlah munyurohkan aku, maka sa’orang pun tiada deripada kamu yang bŭrtanya kapadaku, kŭmana angkau handak pŭrgi?

6Maka sŭbab aku sudah mŭngatakan sagala pŭrkara ini padamu, maka pŭnohlah hatimu dŭngan kadukaan.

7Tŭtapi aku bŭrkata yang bŭnar kapadamu, bahwa bŭrfaidahlah padamu jikalau aku pŭrgi, kŭrna jikalau aku tiada pŭrgi, maka Pŭnghiburan itu pun tiada akan datang kapadamu, tŭtapi jikalau aku pŭrgi, maka aku akan mŭnyurohkan dia datang kapadamu.

8Maka apabila iya datang kŭlak, iyalah akan mŭnŭmplak isi dunia deripada hal dosa, dan deripada hal kŭbŭnaran, dan deripada hal hukum.

9Maka deripada hal dosa, sŭbab orang tiada pŭrchaya akan daku.

10Dan deripada hal kŭbŭnaran, sŭbab aku pŭrgi kapada Ayah, maka kamu tiada dapat mŭlihat aku lagi.

11Dan deripada hal hukum, sŭbab pŭnghulu dunia ini dihukumkan.

12Adapun maka adalah lagi bŭbrapa pŭrkara yang handak kukatakan padamu, akan tŭtapi tiada kamu bulih tŭrtanggong itu skarang.

13Tŭtapi apabila Roh yang bŭnar itu datang kŭlak, maka iyalah nanti mŭmbawa kamu kapada sagala yang bŭnar; kŭrna tiada iya bŭrkata kata deripada kahandak dirinya, mŭlainkan barang yang didŭngarnya, maka itulah dikatakannya, dan diunjokkannya pada kamu deripada pŭrkara yang lagi akan datang.

14Maka iya akan mŭmuliakan aku, kŭrna iya akan mŭngambil barang yang kupunyai, dan diunjokkannya kapada kamu.

15Adapun sagala pŭrkara yang Ayah punya itulah aku punya, maka sŭbab itulah aku bŭrkata, bahwa iya akan mŭngambil barang yang kupunyai, maka diunjokkannya kapadamu.

16Bŭrmula maka skutika sahja lamanya lagi tiada kamu dapat mŭlihat aku, dan skutika lamanya lagi maka kamu akan mŭlihat aku, sŭbab aku pŭrgi kapada Ayah.

17Maka ada sŭtŭngah deri pada murid muridnya yang bŭrkata sa’orang kapada sa’orang, Apakah katanya kapada kita? skutika lamanya kamu tiada dapat mŭlihat aku, dan skutika lamanya lagi kamu akan mŭlihat aku pula, sŭbab aku pŭrgi kapada Ayah.

18Sŭbab itu marika itu bŭrkata, Apakah artinya iya bŭrkata, Skutika lamanya? maka kita tiada mŭngarti apakah katanya.

19Bŭrmula dikŭtahui Isa, bahwa marika itu handak bŭrtanya akan dia, maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Angkau bŭrtanyakah sa’orang akan sa’orang, sŭbab aku tŭlah bŭrkata, bahwa skutika lagi kamu tiada dapat mŭlihat aku, dan lagi skutika lamanya lagi maka kamu akan mŭlihat aku pula?

20Maka sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa kamu kŭlak akan mŭnangis dan mŭratap, tŭtapi isi dunia akan tŭrmasa kŭlak, dan kamu juga akan duka chita, tŭtapi duka chita kamu akan bŭrubah mŭnjadi suka chita.

21Maka adapun apabila sa’orang pŭrampuan bŭrsalin, maka iya mŭndapat kŭsusahan sŭbab waktunya sudah sampie, tŭtapi apabila sudah lŭpas anaknya, maka tŭrlupalah iya akan kŭsakitan itu, sŭbab sa’orang manusia sudah jadi dalam dunia.

22Maka pada skarang ini kamu ada mŭnanggong kŭsusahan, akan tŭtapi aku akan bŭrtŭmu kamu kŭmbali, nŭschaya hati kamu bŭrgŭmarlah, maka sa’orang pun tiada dapat mŭngambil kagŭmaranmu itu deripadamu.

23Maka pada masa itu tiada kamu kŭlak bŭrtanya barang sŭsuatu deripadaku; maka sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa barang suatu yang kamu nanti pinta kapada Ayah dŭngan namaku, maka iya akan mŭmbri itu padamu.

24Maka sampie skarang lagi bŭlom kamu mŭminta barang apa dŭngan namaku; pintalah, maka kamu akan bŭrulih itu, supaya pŭnohlah kasukaanmu.

25Adapun aku katakan sagala pŭrkara ini kapadamu dŭngan ibarat, tŭtapi pada masa akan datang kŭlak, tŭtkala itu aku tiada lagi bŭrkata kata kapadamu dŭngan pŭrkataan ibarat, mŭlainkan dŭngan trang juga aku akan mŭnyatakan Ayah kapada kamu.

26Maka pada masa itulah kŭlak kamu akan mŭminta dŭngan namaku, dan tiada aku bŭrkata kata padamu, bahwa aku pohonkanlah akan kamu pada Ayah.

27Kŭrna Ayah sŭndiri tŭlah mŭngasihi akan kamu, sŭbab kamu tŭlah mŭngasihi aku, dan kamu tŭlah pŭrchaya aku datang deripada Allah.

28Maka aku tŭlah kluar deripada Ayah, dan datang kadunia, maka kŭmbali aku mŭninggalkan dunia pula, lalu pulang kapada Ayah.

29Maka kata sagala murid muridnya padanya, Bahwa skarang angkau bŭrtutor dŭngan nyata, dan tiada bŭrtutor dŭngan pŭrkataan ibarat.

30Maka skarang kami kŭtahui, bahwa angkau tahu sagala pŭrkara, dan ta’usah sa’orang pun tanya kapadamu, maka sŭbab itulah kami pŭrchaya, bahwa angkau kluar deripada Allah.

31Maka disahut Isa pada marika itu, Pŭrchayakah kamu skarang?

32Sŭsungguhnya pada masa akan datang, bahwasanya skarang pun tŭlah sampielah, maka kamu akan dichŭrie bŭriekan masing masing kapada tŭmpatnya, dan kamu mŭninggalkan aku sa’orang sa’orang, akan tŭtapi bukannya aku sa’orang sa’orang, kŭrna ada Ayah sŭrtaku.

33Adapun aku katakan sagala pŭrkara ini pada kamu, supaya kamu bŭrulih slamat deripadaku, dalam dunia kamu akan bŭrulih kadukaan, tŭtapi tŭtapkanlah hatimu, kŭrna aku tŭlah mŭngalahkan dunia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran