Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 4 >> 

FATSAL IV.

1BURMULA apabila dikŭtahui ulih Tuhan, bahwa orang Farisia pun tŭlah mŭnŭngar akan hal Isa mŭndapat banyak orang murid dan mŭmbaptisakan dia lebih deripada Yahya.

2Tŭtapi bukannya Isa sŭndiri mŭmbaptisakan marika itu, mŭlainkan murid muridnya.

3Maka Isa pun mŭninggalkan tanah Yahuda, lalu kŭmbalilah iya kŭtanah Gŭlilia.

4Maka tŭrlebih sŭnanglah bagienya mŭmintas tanah Samaria.

5Hata maka sampielah iya kapada suatu nŭgri dalam tanah Samaria yang bŭrnama Siekar, iya itu dŭkat dŭngan sa’kŭping tanah yang dibri ulih Yakob akan anaknya Yusof itu.

6Maka adalah disitu prigi Yakob; maka sŭbab Isa tŭlah pŭnat bŭrjalan itu dudoklah iya ditŭpi prigi itu, iya itu sŭkira kira pukol duablas tŭngah hari.

7Maka datanglah sa’orang pŭrampuan Samaria handak mŭnimba ayer; maka kata Isa padanya, Brilah aku minum.

8Kŭrna murid muridnya itu sudah masok kŭdalam nŭgri mŭmbli makanan.

9Maka jawab pŭrampuan Samaria padanya, Bagimana bulih angkau sa’orang Yahudi mŭminta deripadaku sa’orang pŭrampuan Samaria ini? kŭrna orang orang Yahudi tiada bŭramah ramahan dŭngan orang orang Yahudi adanya.

10Maka sahut Isa katanya, Jikalau sŭkiranya angkau kŭtahui akan anugrah Allah itu, dan siapa yang tŭlah bŭrkata kata kapadamu, brilah minum kapadaku, nŭschaya angkau mŭmintalah deripadanya, maka dibrinyalah akan dikau ayer yang hidop.

11Maka jawab pŭrampuan itu katanya, Angkau tiada apa apa yang handak timba, lagi pŭrigi ini dalam, maka deri manakah garangannya angkau bulih mŭndapat ayer yang hidop itu?

12Lebih bŭsarkah angkau deripada moyang kami Yakob itu yang tŭlah mŭmbri akan kami pŭrigi ini? Maka iyalah tŭlah mŭminum sŭrta dŭngan isi rumahnya, dan binatang binatangnya deripada ayer prigi ini.

13Maka sahut Isa katanya, Barang siapa yang minum deri pada ayer ini, maka iya kŭlak akan dahaga pula:

14Tŭtapi barang siapa yang minum akan ayer yang kubri padanya, skali kali tiadalah iya bŭrdahaga; adapun ayer yang kubri padanya itu akan mŭnjadi suatu mata ayer dalamnya yang bŭrpancharlah sampie kapada hidop yang kŭkal.

15Maka kata pŭrampuan itu, Tuan, brilah sama sahya ayer itu, supaya jangan sahya dahaga, atau datang kŭmari munimba.

16Maka jawab Isa kapada pŭrampuan itu, Pŭrgilah angkau panggil lakimu datang kŭmari.

17Maka jawab pŭrampuan itu, Bahwa tiadalah sahya bŭrlaki. Maka kata Isa, Bŭtollah kata angkau, bahwa tiadalah sahya bŭrlaki.

18Kŭrna lima orang sudah lakimu, adapun yang ada skarang ini pun bukannya lakimu; maka derihal ini katamu bŭtul adanya.

19Maka kata pŭrampuan itu kapadanya, Tuan, bahwa nyatalah padaku angkau ini sa’orang nabi.

20Adapun nenek moyang kami sŭmbahyang dibukit ini, maka kamu bŭrkata, bahwa patutlah orang skalian sŭmbahyang diJerusalem.

21Maka kata Isa padanya, Hie pŭrampuan, bahwa pŭrchayalah angkau akan daku, adapun waktunya itu akan datang, maka pada masa itu kŭlak dibukit itu pun tidak, atau diJerusalem pun tidak orang mŭnyŭmbah Allah.

22Bahwa kamu tiada tahu apa yang kamu sŭmbahyang, adapun kami tahu apa yang kami sŭmbahyang, kŭrna slamat kŭkal itu deripada orang Yahudi.

23Akan tŭtapi waktu akan datang kŭlak dan ada s’karang pun, apabila orang sŭmbahyang dŭngan sŭbŭnarnya itu, maka iya itulah sŭmbahyang akan Ayah itu dŭngan Roh dan kŭbŭnaran; kŭrna Ayah itu mŭnuntut akan orang sŭmbahyang dŭngan pri yang dŭmkian itu.

24Adapun Allah itu Roh adanya, dan orang yang mŭnyŭmbah akan dia itu pun dapat tiada mŭnyŭmbah dŭngan Roh dan kŭbŭnaran.

25Maka kata pŭrampuan itu padanya, Aku tŭlah mŭngtahui bahwa Messia akan datang yang tŭrgŭlar Almasih; maka apabila iya datang kŭlak, iyalah nanti mŭngajar akan kami sagala pŭrkara.

26Maka jawab Isa padanya, Adapun yang bŭrkata kata dŭngan angkau ini, iya itulah dia.

27¶ Hata maka datanglah murid muridnya pada kutika itu sŭrta hieran akan mŭlihat Isa bŭrkata kata dŭngan pŭrampuan itu, tŭtapi sa’orang pun deripada marika itu tiada kata, Apakah angkau kahandaki, atau mŭngapakah angkau bŭrtutor dŭngan pŭrampuan ini?

28Maka pŭrampuan itu pun mŭninggalkan buyongnya, lalu masok kŭdalam nŭgri, sŭrta bŭrkata kapada orang orang.

29Marilah lihat ada sa’orang orang yang tŭlah mŭngatakan kapada aku sagala pŭrkara yang tŭlah kupŭrbuat; bukankah ini Almasih?

30Sŭtlah itu maka kluarlah bŭbrapa orang deri dalam nŭgri itu datang mŭndapatkan Isa.

31¶ Bŭrmula maka antara itu, adalah murid muridnya mŭminta kapadanya katanya, Guru makanlah.

32Maka jawab Isa kapadanya, Ada kapadaku rŭzki akan makananku yang tiada kamu kŭtahui.

33Sŭbab itu maka kata murid muridnya itu sa’orang dŭngan sa’orang, Adakah garangannya orang mŭmbawa akan apa apa makanan kapadanya?

34Maka kata Isa pada marika itu, Adapun rŭzkiku itu, iya itu akan bŭrbuat kahandak Allah yang tŭlah mŭnyurohkan aku, sŭrta mŭnyampornakan pŭkŭrjaannya.

35Bukankah kamu bŭrkata, Bahwa ampat bulan lagi bahru datang musim orang mŭnuwie? sŭsungguhnya aku bŭrkata padamu, angkatlah matamu, lihatlah pada ladang ladang itu, kŭrna sampie putehlah sudah pŭnuwieannya.

36Maka orang yang mŭnuwie itu mŭndapat upah, dan mŭngumpolkan buah buahan itu sampie kapada kahidopan yang kŭkal, supaya orang yang mŭnabor dan yang mŭnuwie itu pun bŭrsama sama tŭrmasalah.

37Maka inilah pŭrkataan yang bŭnar: iya itu, bahwa sa’orang mŭnabor, dan sa’orang lain mŭnuwie.

38Bahwa aku mŭnyurohkan kamu mŭnuwie pŭrkara yang tiada kamu pŭnat lŭlahkan dia, maka orang lain bŭrlŭlah, tŭtapi kamu tŭlah mŭndapat kŭlŭlahannya.

39¶ Shahadan maka banyaklah orang Samaria dalam nŭgri itu pŭrchayalah akan Isa, sŭbab pŭrkataan pŭrampuan itu yang mŭnyatakan, Bahwa orang itu mŭngatakan padaku sagala pŭrkara yang tŭlah kupŭrbuat itu.

40Maka sŭbab itulah sŭtlah datang orang orang Samaria itu kapada Isa, maka dipinta supaya iya tinggal bŭrsama sama dŭngan dia orang. Maka tinggallah iya disana dua hari.

41Maka banyaklah pula orang yang lain pun pŭrchaya sŭbab mŭnŭngar pŭrkataan Isa sŭndiri.

42Maka bŭrkatalah marika itu kapada pŭrampuan itu, Adapun skarang kami pŭrchaya, bukannya sŭbab pŭrkataanmu, kŭrna kami sŭndiri tŭlah mŭnŭngar dan mŭngŭtahui, bahwa inilah sungguh sungguh Almasih itu, iya itu Pŭnulong orang isi dunia.

43¶ Maka sŭtlah kumdian deripada dua hari, maka kluarlah Isa deri sana, lalu pŭrgilah kaGalilia.

44Kŭrna Isa sŭndiri tŭlah mŭngatakan, Adapun sa’orang nabi itu tiada mŭndapat hormat dalam nŭgrinya sŭndiri.

45Sŭtlah itu apabila sampielah iya kŭtanah Galilia, maka orang orang Galilia itu mŭnyambut akan dia, kŭrna marika itu tŭlah mŭlihat sagala pŭrkara yang dipŭrbuatnya diJŭrusalem pada tŭtkala hari raya itu, sŭbab marika itu pun ada pŭrgi pada hari raya itu.

46Arkian maka kumbalilah pula Isa kŭnŭgri Kaanan ditanah Galilia yang ditŭmpat ayer dijadikannya anggor itu. Maka adalah sa’orang orang bangsawan anu, maka anaknya laki laki ada sakit diKŭparnaum.

47Maka apabila didŭngarnya, bahwa Isa tŭlah datang deri tanah Yahuda kŭtanah Galilia; maka pŭrgilah iya mŭminta kapadanya supaya iya datang mŭnyŭmbohkan anaknya itu, kŭrna hampirlah iya akan mati.

48Maka kata Isa kapadanya, Adapun jikalau tiada kamu mŭlihat sŭndiri bŭbrapa tandah dan muzijat, maka tiada mahu pŭrchaya.

49Maka jawab orang bangsawan itu kapadanya, Tuhan marilah kiranya turon dahulu sŭbŭlom anakku itu mati.

50Maka bŭrkatalah Isa kapadanya, Pŭrgilah angkau pulang, bahwa anakmu itu hidop; maka iya pun pŭrchayalah akan pŭrkataan yang dikatakan ulih Isa kapadanya itu, lalu pulanglah iya.

51Maka sŭmŭntara iya bŭrjalan itu bŭrtŭmulah iya dŭngan bŭbrapa hambanya mŭmbawa khabar katanya, Bahwa anakmu adalah hidop.

52Sŭtlah itu bŭrtanyalah iya kapada marika itu, Pada waktu bilakah iya mŭmulai sŭnang itu? Maka jawab marika itu kapadanya, Kŭlmarin adalah kira kira pukol satu tŭngah hari itu hilang dŭmamnya.

53Maka dikŭtahuilah ulih bapa anak itu, pada jam itulah juga Isa tŭlah bŭrkata kapadanya, Bahwa anakmu hidop; maka pŭrchayalah iya sŭrta dŭngan sagala isi rumahnya.

54Maka inilah pula mujizat yang kadua, yang dipŭrbuat ulih Isa apabila iya kluar deri tanah Yahuda lalu masok kŭtanah Galilia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel