Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 7 >> 

FATSAL VII.

1BŬRMULA kumdian deripada sagala pŭrkara ini, maka diamlah Isa ditanah Galilia, kŭrna iya tiada mahu mŭngdiami tanah Yahuda, sŭbab orang Yahudi ada mŭnchari jalan handak mŭmbunoh akan dia.

2Maka hampirlah hari raya khemah orang Yahudi:

3Maka sŭbab itu bŭrkatalah adek kakak Isa, Undorlah angkau deri sini, pŭrgi kŭtanah Yahuda, supaya murid muridmu pun bulih mŭlihat sagala pŭrkara yang angkau pŭrbuat itu.

4Kŭrna sa’orang pun tiada bŭrbuat barang suatu pŭrkara dŭngan bŭrsŭmbunyi, kalan iya handak mŭmashorkan akan dirinya; maka jikalau angkau bŭrbuat sagala pŭrkara ini, nyatakanlah dirimu dihadapan sagala manusia.

5Kŭrna adek kakaknya pun tiada pŭrchaya akan dia.

6Sŭtlah itu maka bŭrkatalah Isa kapada marika itu, Adapun waktuku bŭlom lagi sampie, tŭtapi waktu kamu itu barang bila pun ada sŭdia

7Bahwa tiada bulih dibŭnchikan ulih isi dunia ini akan kamu, tŭtapi aku dibŭnchikannya, sŭbab aku mŭnjadi saksi deri halnya, bahwa sagala pŭrbuatannya itu jahat adanya.

8Pŭrgilah kamu supaya mŭndapati hari raya ini: Aku tiada handak pŭrgi skarang pada hari raya ini, kŭrna kutikaku bŭlom lagi sampie gŭnap.

9Adapun sŭtlah sudah Isa mŭngatakan sagala pŭrkara ini kapada marika itu, maka tinggallah iya diGalilia.

10¶ Tŭtapi sŭtlah adek kakaknya itu sudah pŭrgi, maka kumdian pŭrgilah Isa handak mŭndapati hari raya itu, bukannya dŭngan nyata, mŭlainkan spŭrti dŭngan bŭrsŭmbunyi juga.

11Maka adalah orang orang Yahudi mŭnchari akan dia pada hari raya itu, katanya, Manakah dia?

12Maka adalah sagala orang bŭrsungut tŭrlalu banyak sama sŭndirinya akan hal Isa, kŭrna kata sŭtŭngah, Iya sa’orang baik, maka kata sŭtŭngah, Bukannya, mŭlainkan iya mŭnipu orang.

13Tŭtapi sa’orang pun tiada bŭrkata derihal Isa itu dŭngan nyatanya, sŭbab takotnya akan orang orang Yahudi.

14¶ Sŭbarmula sŭtlah sampielah pŭrtŭngahan hari raya itu, maka Isa pun masoklah kŭdalam ka’abah, lalu mŭngajar orang.

15Maka hieranlah orang orang Yahudi katanya, Bagimana orang ini bulih mŭngtahui kitab, kŭrna tiada pŭrnah iya blajar?

16Maka sahut Isa, Adapun pŭngajaranku ini bukannya aku ampunya dia, mŭlainkan yang mŭnyurohkan aku ampunya dia.

17Maka jikalau barang siapa yang akan bŭrbuat kahandaknya itu, maka iyalah kŭlak mŭngtahui pŭngajaran ini, kalau kalau deripada Allahkah, atau akukah mŭngatakan sŭndiriku.

18Maka barang siapa yang mŭngatakan itu sŭndirinya, maka iya itu mŭnchari kŭmuliaan sŭndirinya; tŭtapi orang yang mŭnchari kŭmuliaan bagie yang tŭlah mŭnyurohkan dia, maka orang itulah bŭnar adanya, dan tiada salah padanya.

19Bukankah Musa sudah mŭmbri Tauret pada kamu? Maka sa’orang pun deripadamu tiada mŭnurot tauret itu; maka mŭngapa pula kamu mŭnchari jalan handak mŭmbunoh akan daku?

20Maka sahut sagala orang itu, Angkau ini kŭna jin, siapakah yang mŭnchari jalan handak mŭmbunoh akan dikau?

21Maka kata Isa kapada marika itu, Aku sudah mŭmbuat suatu pŭkŭrjaan, maka kamu skaliannya mŭnjadi ajaib.

22Bahwa Musa sudah mŭmbri hukum sunat kapadamu, kŭrna iya itu bukannya asalnya deripada Musa, mŭlainkan deri pada nenek moyang adanya; maka kamu sunatkan orang pada hari sabtu:

23Jikalau bulih orang disunatkan pada hari sabtu, sŭbab jangan rosak hukum Musa, mŭngapa kamu marah akan daku sŭbab aku sŭmbohkan sa’orang bulat bulat dalam hari sabtu?

24Maka janganlah kamu kira kirakan sŭbab mŭlihat rupa sahja, mŭlainkan kira kirakan dŭngan fikiran yang adil.

25Sŭtlah itu maka bŭrkatalah bŭbrapa orang deri nŭgri Jerusalem, Bahwa bukankah iya ini dia yang handak dibunoh orang?

26Skarang lihatlah iya bŭrkata kata itu dŭngan braninya, maka tiada marika itu bŭrkata barang apa padanya; adakah pŭnghulu pŭnghulu tahu dŭngan katŭntuannya, bŭtulkah ini Almasih itu?

27Tŭtapi orang ini kami kŭtahui akan asalnya; maka apabila Almasih itu datang kŭlak sa’orang pun tiada tahu akan asalnya.

28Maka pada masa itu bŭrsrulah Isa dalam ka’abah, tŭtkala iya mŭngajar katanya, Bahwa kamu mŭngtahui akan daku, dan akan asalku, bahwa sanya bukannya aku datang ini dŭngan kahandakku sŭndiri, mŭlainkan yang mŭnyurohkan aku itu bŭnar adanya, yang tiada kamu kŭnal akan dia.

29Aku mŭngŭnal akan dia, kŭrna aku datang deripadanya, dan iya tŭlah mŭnyurohkan aku.

30Sŭtlah itu maka dicharilah ulih marika itu handak mŭnangkap akan dia; tŭtapi sa’orang pun tiada yang mŭnaikkan tangan padanya, kŭrna waktunya itu bŭlom lagi sampie.

31Maka adalah banyak deri pada orang itu yang pŭrchaya akan dia bŭrkata, Apabila Almasih datang kŭlak, adakah dibuatnya lebih banyak mujizat deripada dipŭrbuat ulih orang ini?

32¶ Maka didŭngar orang Farisia, bahwa orang bŭrsungut sungut akan pŭrkara pŭrkara dŭmkian derihal Isa; maka marika itu, dan kŭpala kŭpala imam pun mŭnyurohkan bŭbrapa orang hulubalang mŭnangkap akan Isa.

33Sŭtlah itu maka kata Isa, Skutika sahja lagi aku tinggal bŭrsama sama dŭngan kamu, maka kumdian aku akan pŭrgi kapada yang tŭlah mŭnyurohkan aku.

34Maka kamu akan mŭnchari aku, tŭtapi tiada mŭndapat; adapun ditŭmpat yang aku ada itu tiada bulih kamu sampie kŭsana.

35Arkian maka bŭrkatalah orang orang Yahudi sama sŭndirinya, Bahwa kŭmanakah iya handak pŭrgi yang ditŭmpat kita tiada bulih mŭndapat akan dia? Maka iya handak pŭrgi kapada orang Yahudikah yang bŭrtaboran diantara orang sŭsat itu, dan mŭngajar orang orang sŭsat itu?

36Apakah jŭnis pŭrkataan ini yang dikatakannya itu? Maka bahwasanya kamu akan mŭnchari aku, tŭtapi tiada mŭndapat; adapun ditŭmpat yang aku ada itu tiada bulih kamu sampie kŭsana?

37¶ Kŭlakian maka pada hari yang akhir, iya itu hari raya yang tŭrbŭsar itu, maka bŭrdirilah Isa, sambil bŭrsru katanya, Jikalau barang siapa yang dahaga, maka handaklah iya datang kapadaku supaya bulih minum.

38Maka barang siapa yang pŭrchaya akan daku spŭrti yang tŭrsŭbut dalam kitab, bahwa deri dalam hatinya akan mŭngalir sungie sungie ayer yang hidop itu.

39Tŭtapi Isa bŭrkata akan pŭrkataan ini derihal Roh yang patut akan didapati ulih orang yang pŭrchaya akan dia, kŭrna tŭtkala itu Roh Alkudus bŭlom dibrikan, sŭbab Isa bŭlom mŭnŭrima kŭmuliaannya.

40¶ Maka sŭbab itu banyaklah deripada orang orang itu apabila mŭnŭngar pŭrkataan itu bŭrkata, Bahwa dŭngan sŭbŭnarnya iya inilah nabi itu.

41Maka kata orang lain, Iya inilah Almasih. Tŭtapi kata pula sŭtŭngah orang, Adakah Almasih datang, kluar deri Galilia?

42Maka bukankah tŭrsŭbut dalam kitab, adapun Almasih itu tŭrbitnya deripada bŭnih Daud, dan deri dalam nŭgri Bethliham, iya itu tŭmpat Daud diam?

43Maka dŭngan hal yang dŭmkian jadilah pŭrsŭlisihan diantara marika itu sŭbab Isa.

44Maka ada sŭtŭngah deri pada marika itu handak mŭnangkap akan dia, tŭtapi sa’orang pun tiada mŭnaikkan tangan ka’atasnya.

45¶ Kumdian maka kŭmbalilah hulubalang hulubalang itu kapada imam imam bŭsar, dan orang orang Farisia, maka bŭrkatalah marika itu kapada hulubalang hulubalang itu, Mŭngapa tiada kamu bawa akan dia?

46Maka disahut hulubalang hulubalang itu katanya, Bŭlom pŭrnah sa’orang pun bŭrkata kata yang spŭrti pŭrkataan orang itu.

47Maka sahut orang orang Farisia pada marika itu, Kamu pun sudahkah kŭna tipu?

48Adakah deripada pŭnghulu pŭnghulu, atau orang orang Farisia yang sudah pŭrchaya akan dia?

49Adapun kaum ini yang tiada mŭngarti akan tauret, iya itu kŭna la’nat.

50Maka kata Nikudimas yang datang kapada Isa pada malam hari, maka iya itu pun deripada orang Farisia itu juga adanya.

51Adakah undang undang kitab itu mŭnghukumkan orang tŭrdahulu deripada didŭngar akan dia, sŭrta tahu apakah pŭrbuatannya?

52Maka disahut marika itu kapada Nikudimas itu, Angkau pun deripada orang Galilakah? maka sŭlideklah sŭrta tengok, kŭrna tiada nabi kluar deri Galilia.

53Maka pulanglah masing masing karumahnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran