Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Efesus 1 >> 

1Daripada Paulus, rasul Isa al-Masih dengan kehendak Allah, Kepada semua orang salih di Efesus, iaitu orang yang beriman kepada Isa al-Masih:

2Kasih kurnia dan sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Junjungan Isa al-Masih.

Berkat rohani dalam al-Masih

3Segala puji bagi Allah, Bapa Junjungan kita Isa al-Masih, yang telah memberkati kita dengan segala berkat rohani di syurga dalam al-Masih.

4Ini kerana Dia telah memilih kita dalam al-Masih sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita suci dan tidak bercela di hadapan-Nya. Dalam kasih,

5Dia telah menentukan kita dari mulanya untuk diangkat sebagai anak oleh Isa al-Masih kepada diri-Nya, menurut keredaan dan kehendak-Nya

6supaya terpujilah kemuliaan kasih kurnia-Nya, yang dianugerahkan-Nya kepada kita dalam Dia yang dikasihi-Nya.

7Dalam-Nya kita mendapat penebusan melalui darah-Nya, pengampunan dosa, menurut limpah kasih kurnia-Nya

8yang dilimpahkan-Nya kepada kita dengan segala kebijaksanaan dan pengertian.

9Dia memberitahu kita rahsia kehendak-Nya, menurut keredaan-Nya yang sudah ditentukan-Nya dalam al-Masih,

10bahawa setelah sampai masa pelaksanaannya

11Dalam-Nya juga kita telah mendapat warisan, kerana telah ditentukan dari mulanya menurut maksud Allah yang melakukan segalanya seperti pertimbangan kehendak-Nya,

12bahawa kami yang mula-mula menaruh harapan pada al-Masih akan mendatangkan puji bagi kemuliaan-Nya.

13Kamu juga dalam al-Masih setelah mendengar kata kebenaran, iaitu Injil tentang penyelamatanmu. Dan dalam-Nya, setelah mempercayai-Nya, kamu telah dimaterai dengan Roh Suci yang dijanjikan-Nya,

14yang menjadi jaminan bagi warisan kita hingga penebusan orang yang dimiliki Allah

Syukur dan doa

15Oleh itu aku juga, setelah mendengar bahawa kamu beriman kepada Junjungan Isa dan mengasihi semua orang yang salih,

16tidak putus-putus bersyukur tentangmu dan menyebutmu dalam doaku.

17Aku berdoa semoga Allah Tuhan Junjungan kita Isa al-Masih, Bapa kemuliaan, memberimu roh kebijaksanaan dan wahyu untuk mengenali-Nya.

18Semoga Allah menerangkan mata hatimu untuk mengetahui harapan daripada panggilan-Nya, limpah kemuliaan warisan-Nya dalam orang yang salih,

19dan betapa besar kuasa-Nya bagi kita yang beriman. Demikianlah pelaksanaan kuasa-Nya yang agung itu

20dalam al-Masih apabila membangkitkan-Nya daripada kematian dan mendudukkan-Nya di sebelah kanan-Nya di syurga.

21Allah meletakkan al-Masih jauh di atas segala penguasa dan kekuasaan, kuasa dan pemerintahan, dan setiap nama yang dinamakan, bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang.

22Allah meletakkan segalanya di bawah kaki-Nya dan menjadikan-Nya kepala semua hal ehwal jemaah,

23yang merupakan tubuh-Nya, disempurnakan oleh Dia yang menyempurnakan segala-galanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Efesus 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel