Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 4 >> 

Hari rehat yang disediakan Allah

1Dengan demikian, oleh sebab janji untuk masuk ke dalam rehat-Nya tetap wujud, kita haruslah bimbang kalau-kalau ada di antaramu yang dikira tidak layak.

2Injil telah disampaikan kepada kita dan kepada mereka; tetapi firman yang mereka dengar tidak menguntungkan mereka kerana tidak berpadu dengan iman.

3Kita yang telah beriman memang masuk ke dalam rehat itu, sebagaimana firman-Nya: ‘Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, “mereka tidak akan masuk ke dalam rehat-Ku,”’ walaupun pekerjaan-Nya telah selesai sejak dunia diasaskan.

4Allah telah berfirman demikian di suatu tempat tentang hari ketujuh: ‘Dan Allah berehat pada hari ketujuh daripada segala pekerjaan-Nya.’;

5Kemudian di sini pula: ‘Mereka tidak akan masuk ke dalam rehat-Ku.’

6Memandangkan sebilangan manusia pasti masuk ke dalam rehat itu, dan mereka yang terlebih dahulu mendengar Injil tidak masuk disebabkan mereka ingkar,

7maka Dia menetapkan satu hari lain, dalam firman-Nya kepada Daud, ‘Hari ini,’ setelah sekian lama, iaitu: ‘Hari ini, jika kamu mendengar suara-Nya, jangan keraskan hatimu.’

8Andainya Yosua telah memberikan rehat kepada mereka, Dia tidak akan berfirman kemudian tentang satu hari lain.

9Oleh itu masih ada rehat-Sabat untuk umat Allah.

10Orang yang telah masuk ke dalam rehat-Nya juga telah berhenti daripada pekerjaannya, sebagaimana Allah telah berhenti daripada pekerjaan-Nya.

11Jadi, marilah kita berusaha untuk masuk ke dalam rehat itu, supaya jangan ada yang gagal kerana mengikut contoh mereka yang ingkar.

12Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat di hati.

13Tidak ada makhluk yang terlindung daripada penglihatan-Nya. Segala-galanya terdedah dan terbuka kepada mata Allah; kepada-Nya nanti kita dipertanggungkan tentang segala perlakuan kita.

Isa Imam Besar

14Memandangkan kita mempunyai Imam Besar yang agung yang telah melalui syurga, iaitu Isa Putera Allah, marilah kita berpegang teguh kepada pengakuan kita.

15Kita tidaklah mempunyai Imam Besar yang tidak dapat merasakan kelemahan kita. Sebaliknya dalam segala hal Dia telah menghadapi godaan seperti yang kita hadapi, tetapi Dia tidak melakukan dosa.

16Oleh itu marilah kita tampil dengan berani ke hadapan takhta kasih kurnia, supaya kita mendapat belas kasihan dan kasih kurnia untuk menolong kita ketika kita memerlukannya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ibrani 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel