Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 16 >> 

Kebangkitan Isa

1Setelah tamat hari Sabat, Maryam Magdalena, Maryam ibu Yakobus, dan Salome membeli ramuan rempah untuk melumuri jenazah Isa.

2Pada awal pagi hari pertama minggu itu, mereka sampai di makam itu ketika matahari terbit.

3Mereka berkata-kata sesama sendiri, ‘Siapa yang akan menggulingkan batu daripada pintu makam untuk kita?’

4Apabila mereka memandang makam itu, mereka mendapati batu yang sangat besar itu telahpun digulingkan.

5Mereka masuk ke dalam makam itu dan melihat seorang pemuda berjubah putih sedang duduk di sebelah kanan; mereka sungguh terkejut dan ketakutan.

6Tetapi dia berkata kepada mereka, ‘Jangan takut. Kamu mencari Isa orang Nasaret, yang telah disalib. Dia telah bangkit semula! Dia tidak ada di sini. Lihatlah tempat mereka baringkan jenazah-Nya.

7Tetapi, pergilah, beritahu para pengikut-Nya, termasuk Petrus, bahawa Dia mendahuluimu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya, seperti yang telah dikatakan-Nya kepada kamu.’

8Mereka pun segera keluar dan berlari meninggalkan makam itu, kerana mereka gementar dan kehairanan. Mereka tidak berkata apa-apa kepada sesiapa, kerana mereka takut.

Isa menampakkan diri kepada pengikut-Nya.

9Setelah Isa bangkit semula pada awal pagi hari pertama minggu itu, pertama sekali Dia menampakkan diri-Nya kepada Maryam Magdalena yang telah disembuhkan-Nya daripada dirasuk tujuh roh iblis dahulu.

10Maryam pun pergi memberitahu para pengikut-Nya yang sedang berkabung dan menangis.

11Ketika mendengar bahawa Isa hidup dan telah dilihat oleh Maryam, mereka tidak percaya.

12Selepas itu, Dia menampakkan diri dengan cara lain kepada dua orang daripada mereka ketika mereka sedang berjalan ke desa.

13Kedua-dua orang pengikut Isa itu segera pergi memberitahu yang lain, tetapi mereka juga tidak percaya.

14Kemudian Dia menampakkan diri kepada kesemua pengikut-Nya yang sebelas itu ketika mereka sedang makan. Dia menegur sikap mereka yang tidak percaya dan keras hati, kerana mereka tidak mempercayai orang yang telah melihat-Nya setelah Dia bangkit semula.

15Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah ke serata dunia dan sebarkan Injil kepada setiap insan.

16Sesiapa yang percaya dan diimadkan akan diselamatkan, tetapi sesiapa yang tidak percaya akan dihukum.

17Tanda-tanda ini akan menyertai mereka yang percaya: Dengan nama-Ku mereka akan menghalau roh-roh iblis, dan mereka akan bertutur dengan bahasa-bahasa baru.

18Mereka akan memegang ular tanpa mudarat. Kiranya mereka terminum racun, mereka tetap selamat. Mereka akan meletakkan tangan pada orang sakit dan orang itu akan sembuh.’

19Setelah Junjungan Isa berkata-kata dengan mereka, Dia disambut naik ke syurga lalu duduk di kanan Allah.

20Para pengikut-Nya pergi mengajar di serata dunia. Tuhan bekerja bersama mereka, mengesahkan firman dengan iringan tanda-tanda ajaib.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel