Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 102 >> 

1Doa seorang derita apabila dia lemah dan mencurahkan kesusahannya kepada TUHAN. Dengarlah doaku, Ya TUHAN; dan biarlah seruanku datang kepada-Mu.

2Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripada-Ku semasa aku dalam kesusahan.Condongkan telingamu kepadaku; ketika aku berseru, jawablah aku segera.

3Kerana setiap hari dalam hidupku hilang seperti asap; dan tulang-tulangku dibakar seperti di tempat berdiang.

4Hatiku sakit dan layu seperti rumput; sehingga aku terlupa makan rotiku.

5Kerana aku mengerang, tulangku melekat ke kulitku.

6Aku seperti burung hantu di gurun, seperti burung hantu di runtuhan.

7Aku tidak dapat melelapkan mata; berbaring seperti burung pipit kesepian di bumbung rumah.

8Musuhku mencelaku sepanjang hari; mereka yang mencemuhku mengangkat sumpah memfitnahku.

9Aku telah makan abu seperti roti dan minumanku bercampur air mata

10kerana kemarahan dan kemurkaan-Mu, kerana Engkau telah mengangkatku kemudian menghumbankan aku.

11Hidupku seperti bayang-bayang memanjang; dan aku layu seperti rumput.

12Tetapi Engkau, Ya TUHAN, akan kekal selama-lamanya; dan nama-Mu diingati turun-temurun zaman-berzaman.

13Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion, kerana saat untuk meredainya; ya, saat yang ditentukan, telah tiba.

14Kerana hamba-hamba-Mu menghargai batu-batunya; dan merasa kasihan akan debunya.

15Maka bangsa-bangsa akan takut kepada nama TUHAN, dan raja-raja dunia gentar akan kemuliaan-Mu.

16TUHAN akan membina Sion Dia akan menampakkan diri dalam kemuliaan-Nya.

17Dia akan menimbangkan doa orang papa; dan tidak akan menghina permohonan mereka.

18Ini akan disuratkan untuk keturunan akan datang, supaya umat yang belum lahir akan memuji TUHAN:

19‘Dia memandang ke bawah dari tempat suci-Nya, dari syurga TUHAN memerhatikan bumi,

20untuk mendengar rintihan orang yang dipenjara untuk membebaskan mereka yang dihukum mati.’

21Untuk mengisytiharkan nama TUHAN di Sion dan pujian untuk-Nya di Baitulmaqdis

22apabila umat-umat berhimpun dan kerajaan-kerajaan berhimpun untuk beribadat kepada TUHAN.

23Dia melemahkan kekuatanku dalam hidup; Dia memendekkan umurku.

24Aku berkata: ‘Ya Allah Tuhanku, janganlah ambil aku pada separuh umurku; masa-Mu meliputi semua keturunan.

25Pada mulanya, Engkau meletakkan asas bumi, dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu.

26Bumi dan langit akan binasa, tetapi Engkau kekal; ya, segalanya akan menjadi usang seperti pakaian.Seperti jubah Engku akan menggulungnya, seperti baju yang ditukar, semuanya akan diubah.

27Tetapi Engkau tetap sama, dan tahun-tahun-Mu tidak berkesudahan.

28Anak hamba-hamba-Mu akan berterusan; dan anak cucu mereka akan berdiri di hadirat-Mu.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 102 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel