Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 108 >> 

1Sebuah nyanyian. Mazmur Daud. Ya Allah, hatiku teguh; aku akan menyanyi dan menggubah pujian, ya, dengan seluruh jiwaku.

2Bangunlah, gambus dan kecapi! Aku akan membangunkan fajar.

3Aku akan memuji-Mu, Ya TUHAN, di kalangan bangsa-bangsa; dan aku akan menyanyi untuk-Mu di kalangan umat manusia.

4Kerana kasih-Mu besar menjangkau langit; dan kesetiaan-Mu mencapai awan.

5Maha Tinggi Engkau, Ya TUHAN, memerintah langit, dan kemuliaan-Mu di atas seluruh bumi.

6Supaya orang yang Kaukasihi dapat diselamatkan, lepaskanlah dengan tangan kanan-Mu dan dengarlah rayuanku.

7Allah telah berfirman dalam kesucian-Nya: ‘Aku akan bergembira; Aku akan membahagikan tanah Sikhem dan mengukur serta mengagihkan Lembah Sukot.

8Gilead milik-Ku, Manasye milik-Ku; Efraim juga topi besi-Ku, Yudah tongkat kerajaan-Ku.

9Moab tempat pembasuhan-Ku, ke atas Edom akan Kulemparkan kasut-Ku; ke atas Filistea Aku akan bersorak menang.’

10Siapa akan membawaku ke dalam kota perkasa itu? Siapa akan memimpinku ke Edom?

11Bukankah Engkau, Ya Allah, yang menyingkiri kami dan Engkau Ya Allah yang tidak menyertai tentera kami?

12Berilah kami pertolongan daripada kesusahan, kerana pertolongan manusia tidak berguna.

13Melalui Allah, kita akan berjuang dengan berani, kerana Dialah yang akan menumpaskan musuh kita.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 108 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel