1Bukan kepada kami, Ya TUHAN, bukan kepada kami tetapi kepada nama-Mu berilah kemuliaan, kerana kasih-Mu, kerana kesetiaan-Mu.
2Mengapa bangsa-bangsa harus berkata, ‘Di mana Allah Tuhan mereka?’
3Namun Allah Tuhan kami di syurga; Dia melakukan apa yang disukai-Nya.
4Berhala mereka daripada perak dan emas, buatan tangan manusia.
5Berhala itu ada mulut tetapi tidak berkata-kata, ada mata, tetapi tidak melihat;
6ada telinga, tetapi tidak mendengar, ada hidung, tetapi tidak menghidu;
7ada tangan, tetapi tidak memegang, ada kaki, tetapi tidak berjalan; juga tidak bersuara dari kerongkongnya.
8Orang yang membuatnya serupalah dengannya, demikian juga semua yang percaya kepadanya.
9Hai kaum Israel, percayalah kepada TUHAN
10Hai keturunan Harun, percayalah kepada TUHAN
11Kamu yang takut akan TUHAN, percayalah kepada-Nya
12TUHAN ingat kepada kita, Dia akan memberkati kita: Dia akan memberkati keturunan Israel, Dia akan memberkati keturunan Harun,
13Dia akan memberkati semua yang takut akan TUHAN
14Semoga TUHAN memberimu semakin banyak keturunan, kamu dan anak-anakmu.
15Semoga kamu diberkati oleh TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.
16Langit, malah seluruh angkasa, adalah milik TUHAN, tetapi bumi telah diberikan-Nya kepada anak-anak manusia.
17Orang mati tidak memuji TUHAN, orang yang sudah turun ke alam sunyi;
18tetapi kita akan menyanjung TUHAN, dari saat ini dan untuk selama-lamanya.Pujilah TUHAN!