Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 120 >> 

1Nyanyian ziarah. Dalam kesusahanku aku berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku.

2Selamatkanlah jiwaku, Ya TUHAN, daripada bibir berdusta dan lidah yang menipu.

3Apakah yang akan diberikan kepadamu, atau apakah yang akan dilakukan kepadamu, hai kamu lidah yang palsu?

4Dia akan menghukummu dengan anak-anak panah tajam perwira, dengan kayu api yang menyala.

5Betapa malangnya aku, kerana aku tinggal di Mesekh, di antara khemah- khemah Kedar!

6Jiwaku telah tinggal terlalu lama dengan orang yang membenci damai.

7Aku menyokong damai; tetapi apabila aku bersuara, mereka menyokong perang.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 120 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel