Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 139 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Ya TUHAN, Engkau telah menelitiku dan mengenalku.

2Engkau mengenal dudukku dan berdiriku; Engkau memahami fikiranku dari jauh.

3Engkau meneliti jalanku dan baringku; serta mengerti semua caraku.

4sebelum ada sepatah kata di lidahku, Ya TUHAN, Engkau telah mengetahui seluruhnya.

5Engkau telah merangkulku

6Pengetahuan demikian terlalu menakjubkan bagiku, tingginya tidak tercapai olehku.

7Ke mana dapat aku pergi daripada Roh-Mu? Atau ke mana dapat aku lari dari hadirat-Mu?

8Jika aku naik ke syurga, Engkau di sana; jika aku membuat tempat tidurku di neraka, lihatlah, Engkau di sana.

9Jika kuambil sayap pagi, dan tinggal di bahagian laut yang paling dalam,

10di sana pun tangan-Mu akan memimpinku, tangan kanan-Mu akan memegangku.

11Jika aku berkata, ‘Tentulah kegelapan akan menyelubungikudan cahaya sekelilingku akan menjadi malam,’

12sesungguhnya kegelapan tidak gelap bagi-Mu; dan malam terang-benderang seperti siang, kegelapan dan cahaya serupa bagi-Mu.

13Kerana Engkau telah membentuk bahagian-bahagian dalamku; Engkau melindungiku di dalam rahim ibuku.

14Aku akan memuji-Mu, kerana aku dicipta dengan mengagumkan dan menakjubkan; sungguh menakjubkan ciptaan-Mu, dan ini amat diketahui oleh jiwaku.

15Bentukku tidak tersembunyi daripada-Mu ketika aku dicipta dalam rahsiadan diukir dengan mahir di bahagian bumi yang paling bawah.

16Mata-Mu telah melihat zatku yang masih belum dibentuk.Dan di dalam kitab-Mu segalanya tersurat hari-hari yang ditentukan untukku.

17Betapa bernilai fikiran-Mu juga bagiku, Ya Allah! Betapa besar jumlahnya!

18Jika kuhitung, jumlahnya lebih banyak daripada pasir.Apabila aku terjaga, aku masih bersama-Mu.

19Semoga Engkau musnahkan orang zalim, Ya Allah! Maka pergilah daripadaku, hai orang yang suka menumpahkan darah!

20Kerana mereka bercakap menentang-Mu dengan durjana; musuh-Mu menyebut nama-Mu sewenang-wenang.

21Tidakkah aku membenci mereka yang membenci-Mu, Ya TUHAN, dan membenci mereka yang bangkit menentang-Mu?

22Aku membenci mereka dengan sepenuh kebencian; aku menganggap mereka musuhku.

23Telitilah aku, Ya Allah, dan kenallah hatiku; dugalah aku dan ketahuilah kebimbanganku.

24Lihatlah jika ada kecenderungan durjana di dalamku, dan pimpinlah aku ke jalan yang kekal selama-lamanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 139 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel