Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 143 >> 

1Mazmur Daud. Dengarlah doaku, Ya TUHAN, dengarlah permohonanku;jawablah dengan kesetiaan-Mu dan dengan kebenaran-Mu.

2Janganlah jalankan penghakiman ke atas hamba-Mu, kerana dalam pandangan-Mu tiada makhluk hidup yang benar.

3Kerana musuh telah menganiaya jiwaku, dia telah menindasku ke tanah;dia telah membuat aku tinggal dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.

4Oleh itu rohku tertekan di dalamku; hatiku gundah di dalamku.

5Aku mengenang zaman silam; aku merenungkan semua perbuatan-Mu aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.

6Aku menadahkan tanganku kepada-Mu; jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga.

7Jawablah segera, Ya TUHAN; rohku layu.Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku takut nanti aku menjadi seperti mereka yang masuk ke dalam jurang.

8Perdengarkanlah kasih setia-Mu kepadaku pada waktu pagi, kerana kepada-Mu kusandarkan kepercayaanku.Beritahulah aku jalan yang harus kuambil, kerana aku mengangkatkan jiwaku kepada-Mu.

9Lepaskanlah aku, Ya TUHAN, daripada musuhku, kepada-Mu aku berlindung.

10Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu, kerana Engkaulah TUHANku;Biarlah Roh baik-Mu membimbing aku di alam ketulusan.

11Pulihkanlah aku, Ya TUHAN, demi nama-Mu; demi kebenaran-Mu, bawalah jiwaku keluar daripada kesusahan.

12Dengan kasih setia-Mu, tumbangkanlah musuhku; dan musnahkanlah kesemua mereka yang menyakiti jiwaku, kerana aku hamba-Mu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 143 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel