1Pujilah TUHAN!Nyanyikanlah kepada TUHAN lagu baru, dan pujian untuk-Nya dalam perhimpunan orang warak.
2Biarlah Israel bergembira kerana Pencipta mereka; biarlah anak-anak Sion berbahagia kerana Raja mereka.
3Biarlah mereka memuji nama-Nya dengan tarian; biar mereka menyanyikan pujian kepada-Nya dengan tamborin dan kecapi.
4Kerana TUHAN berkenan akan umat-Nya; Dia akan memahkotai mereka yang rendah hati dengan penyelamatan.
5Biarlah orang warak berbahagia dalam kemuliaan biarlah mereka menyanyi gembira di tempat tidur.
6Biarlah pujian tinggi bagi Allah di lidah mereka dan pedang bermata dua di tangan mereka,
7untuk membalas perbuatan bangsa-bangsa dan menghukum kaum-kaum,
8untuk mengikat raja-raja mereka dengan rantai, dan orang bangsawan mereka dengan belenggu besi,
9untuk menjalankan ke atas mereka penghakiman yang tersurat. Kehormatan ini dimiliki seluruh umat-Nya yang warak.Pujilah TUHAN!