Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 26 >> 

1Mazmur Daud. Tunjukkanlah kebenaranku, Ya TUHAN, kerana aku telah hidup dalam kebaikan;dan aku percaya kepada TUHAN maka aku tidak tergelincir.

2Periksalah aku, Ya TUHAN, dan dugalah aku, ujilah fikiran dan hatiku;

3kerana aku melihat belas kasih-Mu, dan aku telah hidup dalam kebenaran-Mu.

4Aku tidak duduk bersama penyembah berhala, dan tidak menyertai orang munafik;

5aku membenci perhimpunan orang yang berbuat jahat dan tidak akan duduk di sisi orang zalim.

6Aku akan membasuh tanganku dalam kesucian, dengan demikian aku ke tempat menyembah-Mu, Ya TUHAN,

7supaya aku dapat mengisytiharkan dengan suara kesyukuran segala perbuatan-Mu yang menakjubkan.

8Ya TUHAN, aku mencintai rumah-Mu, dan tempat kemuliaan-Mu.

9Janganlah himpunkan jiwaku dengan orang berdosa, dan hidupku dengan manusia penumpah darah,

10yang merancang perbuatan zalim, manakala tangan mereka penuh rasuah.

11Tetapi aku, aku akan terus hidup dalam kebaikan; tebuslah aku dan kasihanilah aku.

12Kakiku berpijak di tempat mantap; dalam perhimpunan aku akan memuji TUHAN.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 26 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel