Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 27 >> 

1Mazmur Daud. TUHAN cahayaku dan penyelamatanku

2Apabila orang durjana menyerangku untuk membaham dagingku,semua musuh dan seteruku itu, tersandung lalu rebah.

3Kalaupun seangkatan tentera mengepungku, hatiku tidak akan ngeri;meski perang bangkit melandaku, tentang ini aku tetap yakin.

4Satu perkara yang kuingini daripada TUHAN, akan kupohonkan:semoga aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN seumur hidupku,melihat keindahan TUHAN dan bertafakur di dalam rumah suci-Nya.

5Kerana pada waktu kesusahan Dia akan menyembunyikan aku di astaka-Nya;di ruang rahsia khemah-Nya Dia akan menyembunyikan akuDia akan mengangkatku ke atas batu pejal.

6Dan sekarang kepalaku diangkat tinggi di atas musuh sekelilingku;maka aku akan mempersembahkan korban dengan gembira di khemah-Nya; aku akan menyanyi, ya, aku akan menyanyi memuji TUHAN.

7Dengarlah, Ya TUHAN, apabila suaraku berseru; dan kasihanilah aku, serta sahut seruanku.

8Hatiku berkata tentang-Mu, ‘Carilah wajah-Nya!’ Wajah-Mu, Ya TUHAN, akan kucari.

9Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku, jangan singkirkan hamba-Mu dengan murka; Engkau telah menolongku.Jangan pergi daripadaku, jangan tinggalkan aku, Ya Allah Penyelamatku.

10Apabila ibu bapaku berpaling daripadaku, TUHAN akan memeliharaku.

11Ajarlah aku jalan-Mu, Ya TUHAN, dan bimbinglah aku ke jalan sejahtera kerana aku diserang musuh.

12Jangan serahkan aku ke tangan seteruku, kerana aku digugat saksi-saksi palsu, dan orang yang ganas.

13Tentulah aku putus asa melainkan aku percaya: bahawa aku akan melihat kebaikan TUHAN di tempat kehidupan kekal.

14Nantikanlah TUHAN; tabahkan dirimu, teguhkan hatimu Ya, nantikanlah TUHAN!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran