1Mazmur Daud. Kepada-Mu aku berseru, Ya TUHAN, Batu Pejalku; janganlah berdiam diri terhadapku.Takut nanti, jika Engkau membisu kepadaku, aku menjadi seperti mereka yang masuk ke lubang yang dalam.
2Dengarlah suaraku merayu apabila aku berseru kepada-Mu,apabila aku mengangkat tangan ke arah khemah suci-Mu.
3Jangan singkirkan aku bersama orang zalim, dan mereka yang melakukan kejahatan,yang menuturkan kata-kata damai kepada sesama manusia tetapi kejahatan terpendam di hati mereka.
4Hukumlah mereka setimpal dengan perbuatan mereka sepadan dengan kedurjanaan usaha mereka;hukumlah mereka setimpal dengan apa yang mereka lakukan berilah mereka hukuman yang wajar.
5Kerana mereka tidak menghiraukan segala perbuatan TUHAN mahupun segala hasil kerja tangan-Nya,Dia akan membinasakan mereka dan tidak akan memulihkan mereka.
6Segala puji bagi TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku merayu.
7TUHAN kekuatan dan perisaiku; hatiku percaya kepada-Nya, dan aku ditolong-Nya.Oleh itu hatiku amat gembira dan dengan nyanyianku aku akan memuji-Nya.
8TUHAN kekuatan mereka, dan Dia tempat berlindung orang yang diurapi-Nya.
9Selamatkanlah umat-Mu dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu; jadilah gembala pembimbing mereka dan teguhkan mereka selama-lamanya.