1Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali. Mazmur Daud. Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu, Ya Allah Tuhanku yang benar.Kurangkan penderitaanku; kasihanilah aku dan dengar doaku.
2Berapa lamakah, hai manusia, kamu akan terus menjadikan kemuliaanku satu keaiban? Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya dan mencari tuhan-tuhan palsu?
3Ketahuilah, TUHAN telah memilih orang yang warak untuk diri-Nya; TUHAN akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.
4Dalam kemarahanmu janganlah melakukan dosa; ketika di tempat tidurmu, sorotilah hatimu dalam senyap sepi.
5Persembahkan korban-korban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.
6Ramai yang bertanya, ‘Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?’ Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, Ya TUHAN.
7Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraanlebih daripada ketika biji-bijian dan air anggur baru mereka mewah melimpah.
8Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera, kerana hanya Engkau, Ya TUHAN, membolehkan aku tinggal dalam selamat.