Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 41 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Diberkatilah orang yang mengambil berat terhadap orang miskin; TUHAN akan menyelamatkannya pada waktu kesusahan.

2TUHAN akan memeliharanya dan melindungi nyawanya; dan dia akan diberkati di atas bumi Engkau tidak akan menyerahkannya ke tangan musuhnya.

3TUHAN akan memberinya kekuatan ketika dia terbaring sakit Engkau akan memelihara dan memulihkannya.

4Aku berkata, ‘Ya TUHAN, kasihanilah aku; pulihkan jiwaku, kerana aku telah berdosa kepada-Mu.’

5Musuhku menuturkan kata-kata yang buruk tentangku, ‘Bilakah dia akan mati dan namanya lenyap?’

6Dan jika dia datang menziarahiku, dia berdusta, hatinya mengumpul kejahatan; dan apabila dia pergi, dia menyebarkannya.

7Semua yang membenciku berbisik dan berpakat menentangku; mereka merancang untuk mencederakan aku.

8‘Penyakit yang keji,’ kata mereka, ‘telah menimpanya; sekarang dia terlantar dan tidak akan bangun lagi.’

9Sampaikan sahabat karibku yang kupercayai, yang makan bersama di rumahku, telah berpaling menentangku.

10Tetapi Engkau, Ya TUHAN, kasihanilah aku; dan pulihkan aku, supaya dapat kubalas perbuatan mereka.

11Dengan demikian tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku, apabila musuhku tidak Kaubiarkan mengalahkanku.

12Dan Engkau menegakkan aku dalam keikhlasanku dan meletakkan aku di hadirat-Mu selama-lamanya.

13Segala puji bagi TUHAN, Allah Tuhan Israel, yang tiada permulaan dan tiada kesudahan selama-lamanya. Amin, Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 41 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel