Zabur Jilid 2
1Untuk pemimpin muzik. Renungan puak Korah. Seperti rusa merindui air sungai, demikianlah jiwaku merindui-Mu, Ya Allah.
2Jiwaku dahaga akan Allah, Tuhan yang hidup. Bilakah aku akan datang ke hadirat Allah?
3Air mataku menjadi makananku siang malam,manakala mereka terus menerus berkata kepadaku, ‘Di manakah Allah Tuhanmu?’
4Apabila kukenang segala ini kucurah keluar seluruh jiwaku:kerana dahulu aku pergi bersama orang ramai, ke rumah Allah,dengan suara kegembiraan dan puji-pujian bersama orang ramai menyambut hari mulia.
5Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa engkau resah gelisah?Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku.
6Ya TUHANku, jiwaku nestapa dalam diriku; maka aku akan ingat kepada-Mudari tanah Yordan, dan puncak gunung Hermon
7Jiwaku bagai dipanggil-panggil ketika mendengar deru air terjun-Mu;segala ombak dan gelombang-Mu telah menenggelamkan aku.
8TUHAN akan melimpahkan kasih-Nya pada siang hari, dan pada waktu malam nyanyian-Nya akan menemaniku
9Aku akan berkata kepada Allah Batu Pejalku, ‘Mengapa Engkau melupakan aku?Mengapa aku bersedih, kerana ditindas musuh?’
10Seperti mematahkan tulang-tulangku, musuhku mengejekku,dengan berkata kepadaku sepanjang hari, ‘Di manakah Allah Tuhanmu?’
11Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah?Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan TUHANku.