Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 49 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur puak Korah. Dengarlah, wahai segala bangsa; pasang telingamu, wahai semua penghuni dunia,

2baik hina atau mulia, kaya atau miskin:

3Lidahku akan menuturkan kebijaksanaan; dan renungan hatiku akan memberi pengertian.

4Aku akan meneliti peribahasa; dan menerangkan ertinya sambil memetik kecapi:

5Mengapa aku harus takut dalam masa kesusahan, ketika kejahatan yang memburuku telah mengepungku

6mereka yang bergantung kepada kekayaan dan berbangga akan harta yang banyak?

7Seorang pun daripada mereka tidak berdaya menebus saudaranya dengan membayar harga tebusannya kepada Allah

8kerana harga tebusan jiwa mereka sungguh mahal, maka jiwa mereka akan musnah

9mereka tidak dapat hidup selama-lamanya tidak dapat mengelakkan kubur.

10Setiap manusia melihat orang bijaksana meninggal dunia; begitu juga orang bodoh dan orang tolol lalu meninggalkan kekayaan mereka kepada orang lain.

11Dalam hati mereka menyangka rumah mereka akan kekal selama-lamanya, akan menjadi kediaman zuriat mereka turun-temurun, mereka menamakan tanah dengan nama mereka.

12Namun demikian manusia, meski terhormat, tidak akan kekal; sama seperti haiwan, dia akan mati.

13Inilah nasib orang yang bodoh, dan keturunan mereka yang menyokong kata-kata mereka.

14Seperti domba mereka berbaring di kubur, maut akan membaham mereka.Orang yang tulus akan berkuasa ke atas mereka setelah pagi nanti; dan jasad mereka akan dimusnahkan di kubur, jauh dari tempat kediaman mereka.

15Kerana Allah yang akan menyambutku dari kubur; Dia akan membawaku bersama-Nya.

16Jangan runsing ketika melihat orang menjadi kaya-raya, dan keluarganya semakin dimuliakan;

17kerana apabila dia mati, tiada suatu pun dibawanya, kemuliaannya tidak turut masuk ke kubur.

18Walaupun dia berasa bahagia ketika hidup

19namun dia akan menyusul nenek moyangnya, dan tidak akan melihat cahaya selama-lamanya.

20Orang yang dimuliakan tetapi tidak mengerti samalah seperti haiwan yang mati.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 49 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran