Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 50 >> 

1Mazmur Asaf. Allah, TUHAN Yang Maha Kuasa, telah berfirman dan berseru kepada bumi daripada terbitnya hingga terbenamnya matahari.

2Dari Sion, puncak keindahan, Allah akan memancarkan cahaya-Nya.

3Allah Tuhan kita, akan datang dan tidak akan berdiam diri; api yang membakar mendahului-Nya, ribut yang kencang mengelilingi-Nya.

4Dia akan berseru kepada langit dari takhta-Nya, dan kepada bumi, supaya menyaksikan Dia menghakimi umat-Nya:

5‘Himpunkan umat-Ku yang warak di hadapan-Ku, mereka yang telah mengikat perjanjian dengan-Ku dan meneguhkannya dengan korban.’

6Langit mengisytiharkan keadilan-Nya, kerana Allah itu hakim.

7‘Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan berfirman, Wahai Israel, Aku akan naik saksi tentang kesalahanmu: Akulah Allah, Allah Tuhanmu.

8Aku tidak menyalahkan kamu kerana korban sembelihanmu, atau kerana korban bakaran yang sentiasa kamu persembahkan kepada-Ku.

9Aku tidak memerlukan lembu jantan dari kandang di rumahmu atau kambing dari kawananmu,

10kerana setiap haiwan di gurun adalah milik-Ku, begitu juga lembu di atas seribu bukit.

11Aku mengenal semua burung di pergunungan, dan haiwan liar di padang semuanya milik-Ku.

12Kalaulah Aku lapar, Aku tidak akan memberitahumu, kerana dunia ini milik-Ku, dengan seluruh isinya.

13Adakah Aku akan makan daging lembu atau minum darah kambing?

14Persembahkan kesyukuran kepada Allah, dan tunaikan janjimu kepada Yang Maha Tinggi,

15berdoalah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkanmu, dan kamu akan memuliakan-Ku.’

16Tetapi kepada orang zalim, Allah berfirman:‘Kamu tidak berhak mengisytiharkan hukum-Ku atau melafazkan perjanjian-Ku.

17Kerana kamu benci akan ajaran-Ku dan membelakangi firman-Ku.

18Apabila melihat pencuri, kamu berpakat dengannya; dan kamu telah menyertai orang berzina.

19Kamu sentiasa menuturkan kejahatan dan merancang penipuan.

20Kamu duduk mengumpat saudara sendiri kamu menfitnah saudara kandungmu.

21Kamu telah melakukan semua ini, dan Aku berdiam diri; kamu menyangka Aku serupa denganmu.Tetapi sekarang Aku memarahimu dan menjelaskan semuanya kepadamu.

22‘Fikirkan semua ini, hai kamu yang melupakan Allah, jangan sampai Aku membinasakanmu, dan tiada siapa dapat menyelamatkanmu:

23Orang yang mempersembahkan pujian memuliakan Aku, dan kepada orang yang berkelakuan baik Aku akan menunjukkan penyelamatan Allah.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 50 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel