1Untuk pemimpin muzik. Menurut Yedutun. Mazmur Daud. Sesungguhnya jiwaku senyap hening menantikan Allah; daripada-Nya datang penyelamatanku.
2Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan.
3Berapa lamakah kamu akan terus menyerang? Kamu semua akan dimusnahkan
4Mereka berkomplot semata-mata untuk menggulingkannya daripada kedudukannya yang tinggi; mereka suka berdusta.Mereka memberkati dengan mulut, tetapi menyumpah dalam hati.
5Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja; kerana harapanku terletak pada-Nya.
6Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah pertahananku, maka aku tidak akan digugat.
7Pada Allah penyelamatanku dan kemuliaanku; batu pejal kekuatanku, dan tempat perlindunganku pada Allah.
8Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umatku; curahkan isi hatimu di hadirat-Nya, Allah Pelindung kita.
9Sesungguhnya manusia, baik rendah atau tinggi kedudukannya, hanyalah nafas dan bayangan maya;jika mereka ditimbang dengan neraca; semuanya lebih ringan daripada nafas.
10Jangan letakkan kepercayaan kepada penindasan, usah berharap sia-sia kepada hasil rompakan;walaupun kekayaanmu bertambah, jangan bergantung kepadanya.
11Allah telah berfirman beberapa kali, dan aku telah mendengar:bahawa kuasa hanya milik Allah,
12kasih juga milik-Mu, Ya TUHAN.Engkau memberi ganjaran yang sepadan dengan usaha setiap orang.