1Untuk pemimpin muzik. Sebuah nyanyian. Sebuah mazmur. Bersoraklah dengan girang kepada Allah, wahai seluruh bumi!
2Nyanyikan kebesaran nama-Nya; lafazkan puji-pujian untuk-Nya penuh kemuliaan!
3Katakan kepada Allah, ‘Alangkah menakjubkan segala perbuatan-Mu! Kekuasaan-Mu sungguh besar semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu.
4‘Seluruh bumi akan menyembah-Mu; dan menyanyikan pujian untuk-Mu, mereka akan menyanyi, menyanyi pujian kepada nama-Mu.’
5Marilah melihat perbuatan Allah, Dia sungguh menakjubkan dalam perbuatan-Nya terhadap anak-anak manusia!
6Dia mengubah laut menjadi tanah kering, mereka menyeberangi berjalan kaki
7Dia memerintah dengan kekuasaan-Nya untuk selama-lamanya, Dia mengawasi bangsa-bangsa
8Pujilah Allah Tuhan kami, hai semua umat-Nya, biar suara puji untuk-Nya didengar orang;
9Dia telah melindungi kami daripada kematian dan tidak membiarkan kami dikalahkan.
10Kerana Engkau, Ya Allah, telah menguji kami; Engkau telah memurnikan kami seperti perak yang dimurnikan.
11Engkau membiarkan kami terjerumus ke dalam perangkap Engkau membebani kami dengan derita.
12Engkau membiarkan orang memijak kepala kami; kami mengharungi api dan air, tetapi Engkau telah membawa kami keluar ke dalam limpahan rahmat dan pencapaian hasrat.
13Aku akan masuk ke rumah-Mu membawa korban yang dibakar aku akan menunaikan segala janjiku kepada-Mu
14yang telah kulafazkan ketika aku dalam kesusahan.
15Aku akan mempersembahkan kepada-Mu ternakan yang digemukkan sebagai korban yang dibakar bersama aroma wangi daging domba; aku akan mempersembahkan lembu jantan dan kambing.
16Marilah dan dengarlah, wahai kamu yang takut akan Allah; aku akan mengisytiharkan apa yang telah dilakukan-Nya untukku.
17Aku berseru kepada-Nya dengan mulutku; dan dengan lidahku Dia disanjung.
18Kalaulah ada niat jahat dalam hatiku, TUHAN tidak akan mendengar rayuanku;
19tetapi sesungguhnya Allah telah mendengar suaraku Dia telah mengabulkan doaku.
20Segala puji bagi Allah, yang tidak menolak doaku dan tidak menyingkirkan aku daripada kasih-Nya!