Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 71 >> 

1Kepada-Mu, Ya TUHAN, kuletakkan kepercayaanku; jangan biarkan aku menanggung malu.

2Selamatkanlah aku dalam kebenaran-Mu dan biar aku melepaskan diri; dengarlah rayuanku, dan selamatkan aku.

3Jadilah batu pejal perlindunganku yang perkasa, tempat aku bernaung setiap waktu;Engkau telah memberi perintah supaya aku diselamatkan, kerana Engkaulah batu pejal dan kubuku.

4Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku, daripada tangan orang zalim, daripada tangan orang durjana dan kejam.

5Kerana Engkaulah harapanku, Ya Allah, TUHAN yang perkasa; Engkaulah kepercayaanku sejak daripada usia mudaku.

6Kepada-Mu aku bersandar sejak kelahiran; Engkaulah yang membawaku keluar daripada rahim ibuku. Aku akan sentiasa memuji-Mu.

7Aku telah menimbulkan takjub orang ramai, tetapi Engkau pelindungku yang perkasa.

8Biarlah aku sentiasa memuji-Mu, dan mengisytiharkan kemuliaan-Mu sepanjang hari.

9Janganlah singkirkan aku dalam usia tua; jangan tinggalkan aku ketika kekuatanku hilang.

10Kerana musuhku mencerca aku; dan mereka yang mengendap untuk meragut nyawaku berpakat sama sendiri.

11Mereka berkata, ‘Allah telah meninggalkan dia; buru dan tangkaplah dia, kerana tiada siapa yang akan menyelamatkannya.’

12Ya Allah, janganlah jauh daripadaku; Ya Allah Tuhanku, segeralah tolong aku.

13Biar mereka dicela dan dihina; mereka yang cuba mencederakan aku akan dihina dan diaibkan.

14Aku akan sentiasa berharap; dan akan lebih-lebih lagi memuji-Mu.

15Lidahku akan menuturkan kebenaran-Mu, dan penyelamatan-Mu sepanjang hari, meski aku tidak dapat menduga batas-batasnya.

16Aku akan mengisytiharkan perbuatan-Mu, Ya Allah TUHAN yang perkasa; aku akan menyebut kebenaran-Mu, yang hanya milik-Mu.

17Ya Allah, Engkau telah mengajarku sejak daripada usia mudaku, dan hingga hari ini aku tetap mengisytiharkan perbuatan-Mu yang menakjubkan.

18Kini aku sudah tua dan rambutku putih, Ya Allah, jangan tinggalkan aku,kuisytiharkan kuasa-Mu kepada orang zaman ini, kekuatan-Mu kepada semua keturunan yang akan datang.

19Kebenaran-Mu, Ya Allah, sungguh tinggi, Engkau telah membuat perkara yang besar-besar. Ya Allah, siapa yang serupa dengan-Mu?

20Engkau yang telah memberiku penderitaan yang pedih, Engkau akan memulihkan aku; dan membawaku naik semula dari perut bumi.

21Engkau akan menambah kebesaranku dan melipurkan hatiku sepenuhnya.

22Dengan kecapi aku akan memuji-Mu bagi kesetiaan-Mu, Ya Allah Tuhanku;Untuk-Mu aku akan menyanyi sambil bermain kecapi, Ya Allah Tuhan umat Israel, Ya Allah Yang Maha Suci.

23Bibirku bergembira menyanyi untuk-Mu

24Lidahku akan menuturkan kebenaran-Mu sepanjang hari,kerana mereka telah dikelirukan dan mereka telah dimalukan, mereka yang cuba mencederakan aku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 71 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran