Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 81 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Dengan alat Gath. Mazmur Asaf. Menyanyilah dengan lantang untuk Allah kekuatan kita; bersoraklah dengan girang kepada Allah Tuhan Yakub!

2Nyanyikanlah lagu sambil memukul tamborin, bermain kecapi merdu serta gambus.

3Tiuplah nafiri ketika Bulan Baru, dan semasa bulan purnama, pada hari perayaan kita yang luhur;

4kerana ini adalah ketetapan bagi umat Israel, hukum Allah Tuhan Yakub.

5Ini berasaskan-Nya pada Yusuf sebagai kesaksian apabila Dia menjelajah seluruh tanah Medir, di situ aku mendengar bahasa yang tidak kufahami.

6Dia berkata, ‘Aku melepaskan bahunya daripada beban; tangan mereka dibebaskan daripada bakul.

7Kamu menyeru-Ku ketika dalam kesusahan dan Aku melepaskan kamu, Aku menjawabmu di tempat rahsia guruh; Aku mengujimu di perairan Meriba.

8Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan menegurmu

9Tidak boleh ada tuhan asing di kalanganmu; dan kamu tidak boleh menyembah tuhan asing.

10Akulah Allah Tuhanmu, yang telah membawamu keluar dari tanah Mesir. Bukalah mulutmu luas-luas, aku akan memenuhinya.

11‘Tetapi umat-Ku enggan mendengar suara-Ku; dan Israel sama sekali tidak mahu menerima-Ku.

12Oleh itu, Aku biarkan mereka mengikut hati mereka yang degil hidup menurut fikiran mereka sendiri.

13‘Kalaulah umat-Ku mahu mendengar-Ku, dan Israel mahu hidup menurut jalan-Ku,

14tentu Aku segera menundukkan musuh mereka dan memalingkan tangan-Ku menentang musuh mereka!

15Pembenci TUHAN pura-pura tunduk kepada-Nya, dan hukuman ke atas mereka kekal selama-lamanya.

16Tentu diberi-Nya mereka makan gandum terbaik; dan dengan madu dari batu pejal tentu Kukenyangkan kamu.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 81 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel