1Doa Daud. Dekatkanlah telinga-Mu, Ya TUHAN, dengarlah aku, kerana aku miskin dan sesak.
2Peliharakanlah nyawaku, kerana aku suci. Engkau Allah Tuhanku; selamatkanlah hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.
3Kasihanilah aku, Ya TUHAN, kerana aku berseru kepada-Mu sepanjang hari.
4Gembirakanlah jiwa hamba-Mu, kerana kepada-Mu, Ya TUHAN, Kuangkatkan jiwaku.
5Kerana Engkau, Ya TUHAN, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.
6Dengarlah, Ya TUHAN, doaku; dan berilah perhatian kepada suara permohonanku.
7Dalam kesusahan aku akan berseru kepada-Mu, kerana Engkau akan menjawabku.
8Tiada tuhan seperti-Mu, Ya TUHAN; dan tiada yang dapat melakukan apa yang Kaulakukan.
9Semua bangsa yang telah Kaujadikan akan datang menyembah-Mu, Ya TUHAN; dan akan memuliakan nama-Mu.
10Kerana Engkau Maha Besar dan melakukan perkara yang menakjubkan; hanya Engkaulah Allah.
11Ajarlah aku jalan-Mu, Ya TUHAN, aku akan melangkah dalam kebenaran-Mu;padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu.
12Aku akan memuji-Mu, Ya Allah, Ya TUHANku, dengan sepenuh hatiku; dan aku akan memuliakan nama-Mu untuk selama-lamanya.
13Kerana sungguh melimpah kasih-Mu kepadaku; dan Engkau telah melepaskan jiwaku daripada kubur.
14Ya Allah, orang yang sombong telah bangkit menentangku; dan orang ganas beramai-ramai hendak membunuhku
15Tetapi Engkau, Ya TUHAN, adalah Allah yang penuh belas kasih, penuh kasih kurnia, panjang sabar serta melimpah kasih dan setia.
16Berpalinglah kepadaku, dan kasihanilah aku; berilah kekuatan-Mu kepada hamba-Mu dan selamatkanlah aku yang mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.
17Tunjukkanlah aku tanda kebaikan, supaya orang yang membenciku melihatnya lalu berasa malu, kerana Engkau, Ya TUHAN, telah menolongku dan melipurkan aku.