Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 94 >> 

1Ya Allah, TUHAN yang memiliki hak membalas bela, Ya TUHAN yang memiliki hak membalas bela, bertindaklah.

2Bangkitlah, Ya Hakim seluruh bumi; jatuhkanlah hukuman ke atas orang yang sombong.

3Ya TUHAN, berapa lamakah orang zalim, berapa lamakah orang zalim tetap menang?

4Mereka berkata-kata, dan bercakap lancang; semua yang melakukan dosa membesarkan diri.

5Mereka memecahkan umat-Mu, Ya TUHAN; dan merosakkan warisan-Mu.

6Mereka membunuh balu dan orang asing; serta meragut nyawa anak yatim.

7Tetapi mereka berkata, ‘TUHAN tidak melihat; Allah Tuhan Yakub tidak mengerti.’

8Mengertilah, hai kamu yang tidak berakal di kalangan manusia; dan kamu yang cetek akal, bilakah kamu akan menjadi bijaksana?

9Dia yang mencipta telinga, tidakkah Dia mendengar? Dia yang membentuk mata, tidakkah Dia melihat?

10Dia yang mengajar bangsa-bangsa, tidakkah Dia membetulkan? Dia yang memberi manusia ilmu, tidakkah Dia mendidik?

11TUHAN mengetahui fikiran manusia; betapa sia-sianya.

12Diberkatilah orang yang Kauajar, Ya TUHAN, dan didik menurut hukum-Mu;

13supaya Engkau dapat memberinya istirahat daripada masa penderitaan, sehingga lubang kubur digali untuk orang zalim.

14Kerana TUHAN tidak akan menyingkirkan umat-Nya; dan tidak akan meninggalkan warisan-Nya.

15Tetapi penghakiman akan kembali kepada kebenaran, dan semua yang tulus hati akan menurutnya.

16Siapakah yang akan bangkit menolongku melawan orang yang melakukan kezaliman?Siapakah yang akan berdiri di sisiku menentang orang yang melakukan dosa?

17Kalaulah TUHAN tidak menolongku, tentulah tidak lama jiwaku terus musnah dalam senyap.

18Jika aku berkata, ‘Kakiku tergelincir,’ maka kasih-Mu, Ya TUHAN, akan menegakkanku.

19Di tengah-tengah kerunsingan yang begitu banyak dalamku, penglipuran yang Kauberi membahagiakan jiwaku.

20Mungkinkah takhta kebinasaan yang merancang kejahatan melalui hukum bersekutu dengan-Mu?

21Mereka berkomplot untuk meragut nyawa orang yang benar dan menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.

22Tetapi TUHAN adalah bentengku, dan Allah Tuhanku batu pejal tempat aku bernaung.

23Dia telah menimpakan dosa mereka ke atas diri mereka sendiri dan akan memusnahkan mereka di tengah-tengah kezaliman mereka sendiri; Allah Tuhan kita akan memusnahkan mereka.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 94 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel