Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Samuel 31 >> 

Raja Saul dan Putera-puteranya Meninggal

1Sementara itu orang Filistin berperang dengan orang Israel di Gunung Gilboa. Banyak orang Israel terbunuh di situ. Orang Israel yang lain, termasuk Raja Saul dan putera-puteranya melarikan diri.

2Tetapi orang Filistin mengejar mereka dan membunuh tiga orang putera Raja Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malkisua.

3Pertempuran ketika itu amat sengit di sekeliling Raja Saul sehingga baginda sendiri luka parah dipanah oleh musuh.

4Raja Saul bertitah kepada pembawa senjatanya, "Hunuslah pedangmu dan bunuhlah beta, supaya jangan orang Filistin yang tidak mengenal Allah ini mempermainkan beta, dan membunuh beta." Tetapi pembawa senjata itu tidak berani melakukannya. Oleh itu Raja Saul menghunus pedangnya dan menikam dirinya sendiri.

5Apabila pembawa senjata itu nampak bahawa Raja Saul sudah mangkat, dia juga menikam dirinya sendiri lalu mati bersama-sama Raja Saul.

6Demikianlah Raja Saul dan tiga orang puteranya mangkat, dan juga pembawa senjata itu, dan semua anak buah Raja Saul meninggal pada hari itu.

7Apabila orang Israel yang di seberang Lembah Yizreel dan di sebelah timur Sungai Yordan mendengar bahawa tentera Israel telah melarikan diri, dan bahawa Raja Saul dan putera-puteranya sudah dibunuh, mereka pun meninggalkan kota-kota mereka lalu lari. Kemudian orang Filistin datang dan menduduki kota-kota itu.

8Keesokan harinya, orang Filistin menjarah barang-barang pada jenazah orang Israel. Kemudian mereka menjumpai jenazah Raja Saul dan tiga orang puteranya di Gunung Gilboa.

9Mereka memenggal kepala Raja Saul dan mengambil baju perangnya. Kemudian orang Filistin mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan khabar baik itu kepada berhala-berhala dan rakyat mereka.

10Kemudian baju perang Raja Saul itu disimpan di dalam kuil Dewi Asytoret, dan badannya dipakukan pada tembok kota Bet-Sean.

11Apabila penduduk Yabes di Gilead mendengar hal yang sudah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Raja Saul,

12beberapa orang yang paling berani berangkat dan berjalan sepanjang malam ke Bet-Sean. Mereka menurunkan jenazah Raja Saul dan putera-puteranya dari tembok kota, lalu membawanya kembali ke Yabes, dan membakar jenazah-jenazah itu di sana.

13Kemudian mereka mengumpulkan tulang-tulangnya dan mengembumikannya di bawah pokok tamariska di kota Yabes, lalu mereka berpuasa selama tujuh hari.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Samuel 31 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran