Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 1 >> 

Salasilah daripada Adam hingga Abraham

1Adam bapa Set, Set bapa Enos, Enos bapa Kenan,

2Kenan bapa Mahalaleel, Mahalaleel bapa Yared.

3Yared bapa Henokh, Henokh bapa Metusalah; Metusalah bapa Lamekh,

4Lamekh bapa Nuh. Nuh mempunyai tiga orang anak lelaki: Sem, Ham, dan Yafet.

5Anak lelaki Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

6Keturunan Gomer ialah orang Askenas, Rifat, dan Togarma.

7Keturunan Yawan ialah orang Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes.

8Anak lelaki Ham ialah Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

9Keturunan Kus ialah orang Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah orang Syeba dan Dedan.

10(Kus mempunyai seorang anak lelaki bernama Nimrod, yang menjadi penakluk agung yang pertama di dunia.)

11Keturunan Mesir ialah orang Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim,

12Patrusim, Kasluhim, dan Kreta. Mereka ialah nenek moyang orang Filistin.

13Anak lelaki Kanaan ialah Sidon, yang sulung, dan Het. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

14Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi,

15Hewi, Arki, Sini,

16Arwadi, Semari, dan Hamati.

17Anak lelaki Sem ialah Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.

18Arpakhsad ialah bapa Selah, dan Selah bapa Eber.

19Eber mempunyai dua orang anak lelaki; anak yang pertama bernama Peleg kerana pada zamannya bangsa-bangsa di dunia terbahagi-bahagi, dan anak yang kedua bernama Yoktan.

20Keturunan Yoktan ialah orang Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,

21Hadoram, Uzal, Dikla,

22Ebal, Abimael, Syeba,

23Ofir, Hawila, dan Yobab.

24Salasilah daripada Sem hingga Abraham adalah seperti berikut: Sem, Arpakhsad, Selah,

25Eber, Peleg, Rehu,

26Serug, Nahor, Terah,

27dan Abram (dikenal juga sebagai Abraham).

Keturunan Ismael

28Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, Ishak dan Ismael.

29Anak-anak lelaki Ismael menjadi ketua dua belas suku: Nebayot yang sulung, lalu Kedar, Adbeel, Mibsam,

30Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema,

31Yetur, Nafis, dan Kedma.

Keturunan Abraham dan Ketura

32Abraham mempunyai seorang gundik bernama Ketura. Gundiknya itu melahirkan enam orang anak lelaki: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak, dan Suah. Yoksan mempunyai dua orang anak lelaki, Syeba dan Dedan.

33Midian mempunyai lima orang anak lelaki: Efa, Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa.

Keturunan Esau

34Ishak anak Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Esau dan Yakub (yang juga dikenal sebagai Israel).

35Anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah.

36Elifas ialah nenek moyang suku-suku berikut: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek.

37Rehuel ialah nenek moyang suku-suku berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.

Penduduk Asli Tanah Edom

38Penduduk asli tanah Edom ialah keturunan anak-anak lelaki Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan. Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Homam. Lotan mempunyai seorang saudara perempuan bernama Timna. Syobal ialah nenek moyang puak Alyan, Manahat, Ebal, Syefi, dan Onam. Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. Ana ialah bapa Disyon, dan Disyon ialah nenek moyang puak Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran. Ezer ialah nenek moyang puak Bilhan, Zaawan, dan Yaakan. Disyan ialah nenek moyang puak Us dan Aran.

39(1:38)

40(1:38)

41(1:38)

42(1:38)

Raja-Raja Edom

43Sebelum ada raja yang memerintah di Israel, tanah Edom diperintah berturut-turut oleh raja-raja berikut: Raja Bela anak Beor dari Dinhaba Raja Yohab anak Zerah dari Bozra Raja Husyam dari daerah Teman Raja Hadad anak Bedad dari Awit (dialah yang mengalahkan orang Midian dalam peperangan di tanah Moab) Raja Samla dari Masyreka Raja Saul dari Rehobot di pinggir sungai Raja Baal-Hanan anak Akhbor Raja Hadad dari Pahi (isterinya bernama Mehetabeel, anak Matred dan cucu Mezahab).

44(1:43)

45(1:43)

46(1:43)

47(1:43)

48(1:43)

49(1:43)

50(1:43)

51Orang Edom terdiri daripada suku Timna, Alya, Yetet,

52Oholibama, Ela, Pinon,

53Kenas, Teman, Mibzar,

54Magdiel, dan Iram.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel