Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tawarikh 4 >> 

Keturunan Yehuda

1Berikut adalah sebahagian daripada keturunan Yehuda: Peres, Hezron, Karmi, Hur, dan Syobal.

2Syobal bapa Reaya, Reaya bapa Yahat. Yahat mempunyai dua orang anak lelaki, Ahumai dan Lahad. Mereka nenek moyang penduduk kota Zora.

3Hur ialah anak lelaki sulung Kaleb dengan isterinya, Efrat. Keturunan Hur ialah pembina kota Betlehem. Etam, Penuel, dan Ezer ialah anak-anak lelaki Hur. Etam mempunyai tiga orang anak lelaki: Yizreel, Isma, dan Idbas, dan juga seorang anak perempuan bernama Hazelelponi. Penuel mendirikan kota Gedor, dan Ezer mendirikan kota Husa.

4(4:3)

5Asyhur, yang mendirikan kota Tekoa, mempunyai dua orang isteri, Hela dan Naara.

6Asyhur dan Naara mempunyai empat orang anak lelaki: Ahuzam, Hefer, Temeni, dan Ahastari.

7Asyhur dan Hela mempunyai tiga orang anak lelaki: Zeret, Yezohar, dan Etnan.

8Kos ialah bapa kepada Anub dan Hazobeba, dan nenek moyang kepada puak-puak keturunan Aharhel anak Harum.

9Ada seorang lelaki bernama Yabes, yang paling dihormati dalam keluarganya. Dia diberi nama Yabes oleh ibunya kerana ibunya sangat kesakitan ketika melahirkan dia.

10Tetapi Yabes berdoa kepada Allah orang Israel, katanya, "Ya Allah, berkatilah aku, dan berilah aku tanah yang luas. Sertailah aku dan jauhkanlah aku daripada kejahatan yang akan menyebabkan aku kesakitan." Kemudian Allah mengabulkan permintaannya.

Salasilah Keluarga-Keluarga Lain

11Kelub, saudara Suha, mempunyai anak lelaki bernama Mehir. Mehir ialah bapa Eston,

12dan Eston mempunyai tiga orang anak lelaki: Bet-Rafa, Paseah, dan Tehina. Tehina ialah pembina kota Nahas. Keturunan semua orang itu tinggal di kota Reka.

13Kenas mempunyai dua orang anak lelaki bernama Otniel dan Seraya. Otniel juga mempunyai dua orang anak lelaki, Hatat dan Meonotai.

14Meonotai ialah bapa Ofra. Seraya ialah bapa Yoab. Yoab ialah pembina Lembah Tukang, dan semua orang di situ adalah tukang yang mahir.

15Kaleb anak Yefune mempunyai tiga orang anak lelaki: Iru, Ela, dan Naam. Ela ialah bapa Kenas.

16Yehaleleel mempunyai empat orang anak lelaki: Zif, Zifa, Tireya, dan Asareel.

17Ezra mempunyai empat orang anak lelaki: Yeter, Mered, Efer, dan Yalon. Mered berkahwin dengan Bica, puteri raja Mesir. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Miryam, dan dua orang anak lelaki bernama Samai dan Yisba. Yisba ialah pembina kota Estemoa. Mered juga berkahwin dengan seorang wanita daripada suku Yehuda; mereka mempunyai tiga orang anak lelaki: Yered, pembina kota Gedor; Heber, pembina kota Sokho; dan Yekutiel, pembina kota Zanoah.

18(4:17)

19Hodia berkahwin dengan saudara perempuan Naham. Keturunan mereka adalah nenek moyang puak Garmi dan Maakha. Puak Garmi tinggal di kota Kehila, dan puak Maakha tinggal di kota Estemoa.

20Simon mempunyai empat orang anak lelaki: Amnon, Rina, Benhanan, dan Tilon. Yisei mempunyai dua orang anak lelaki: Zohet dan Ben-Zohet.

Keturunan Sela

21Sela ialah salah seorang anak lelaki Yehuda. Keturunannya termasuk Er, pembina kota Lekha; Lada, pembina kota Maresa; puak penenun kain linen, yang tinggal di kota Bet-Asybea;

22Yokim, dan penduduk kota Kozeba; Yoas dan Saraf, dua orang lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan Moab, lalu menetap di Betlehem. (Senarai itu dikutip daripada catatan yang sangat tua.)

23Mereka ialah pembuat periuk dan berkhidmat kepada raja; mereka tinggal di kota Netaim dan Gedera.

Keturunan Simeon

24Simeon mempunyai lima orang anak lelaki: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul.

25Anak lelaki Saul ialah Salum, cucunya ialah Mibsam, dan cicitnya ialah Misma.

26Daripada Misma, jurai keturunan dilanjutkan oleh Hamuel, lalu Zakur, kemudian Simei.

27Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi sanak saudara Simei tidak mempunyai banyak anak. Suku Simeon tidak menjadi banyak seperti suku Yehuda.

28Sampai pada masa Raja Daud, keturunan Simeon tinggal di kota-kota berikut: Bersyeba, Molada, Hazar-Sual,

29Bilha, Ezem, Tolad,

30Betuel, Horma, Ziklag,

31Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim.

32Mereka juga tinggal di lima tempat yang lain: Etam, Ain, Rimon, Tokhen, Asan,

33dan di pekan-pekan di sekitar, sampai sejauh kota Baal di bahagian barat daya. Itulah catatan yang disimpan oleh keturunan Simeon tentang salasilah dan tempat tinggal mereka.

34Berikut ini adalah pemimpin-pemimpin puak dalam suku Simeon: Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, Yoel, Yehu anak Yosibya, (Yosibya ialah anak Seraya, cucu Asiel) Elyoenai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya, Ziza anak Sifei (Sifei anak Alon, Alon keturunan Yedaya, Simri, dan Semaya). Oleh sebab keluarga mereka terus bertambah,

35(4:34)

36(4:34)

37(4:34)

38(4:34)

39mereka terpencar ke barat sehingga hampir sampai ke kota Gedor. Domba mereka merumput di bahagian timur lembah, tempat letaknya kota Gedor.

40Di situ mereka menjumpai padang rumput yang subur dan luas, serta tenang dan aman. Dahulu daerah itu didiami oleh orang Ham.

41Pada zaman Raja Hizkia dari Yehuda, keturunan Simeon menyerang Gedor. Mereka memusnahkan khemah-khemah dan pondok-pondok orang yang tinggal di situ. Mereka mengusir penduduk tempat itu, lalu mereka menetap di sana kerana padang rumput di situ luas untuk domba mereka.

42Lima ratus orang daripada suku Simeon pergi ke Edom, di sebelah timur. Mereka dipimpin oleh anak-anak lelaki Yisei: Pelaca, Nearya, Refaya, dan Uziel.

43Di sana, mereka membunuh orang Amalek yang masih hidup, dan mereka menetap di situ sejak masa itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tawarikh 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel