Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 8 >> 

1Bildad Kemudian Bildad dari negeri Suah berkata,

2"Berapa lama lagi engkau bercakap begitu? Hanya cakap angin kata-katamu itu.

3Allah tidak pernah memutarbalikkan keadilan; Dia tidak pernah gagal melakukan hal yang benar.

4Anak-anakmu tentu telah berdosa terhadap Allah, maka patutlah mereka dihukum oleh-Nya.

5Tetapi kini kembalilah kepada Allah, dan merayulah kepada Yang Maha Kuasa.

6Jika engkau sungguh tulus dan jujur, Allah akan datang dan menolong engkau serta memulihkan rumah tanggamu sebagai ganjaranmu.

7Segala kekayaanmu yang hilang itu tidak bererti, jika dibandingkan dengan apa yang engkau dapat nanti.

8Renunglah kebijaksanaan zaman purba; fikirkanlah pengalaman nenek moyang kita.

9Hidup kita singkat sekali dan kita tidak tahu apa-apa; kita berlalu seperti bayang-bayang di dunia.

10Tetapi hendaklah engkau diajar orang bijak zaman purba; dengarlah kata-kata mereka,

11‘Gelagah tumbuh di tempat berair sahaja, dan mensiang hanya didapati di tanah paya.

12Jika air mengering, layulah gelagah, lebih cepat daripada tumbuhan lain. Padahal, gelagah itu masih terlalu muda untuk dipotong dan digunakan.

13Begitulah orang yang tidak mengenal Allah; harapan mereka hilang apabila mereka lupa akan Allah.

14Mereka berharap kepada benang yang halus, mereka percaya kepada sarang labah-labah.

15Kuatkah sarang itu jika dijadikan sandaran? Tahankah benang jika dijadikan pegangan?’

16Orang jahat tumbuh seperti rumpai di bawah matahari, seperti rumpai yang berselerak di seluruh taman.

17Akarnya melilit batu, dan mencengkam setiap batu itu.

18Tetapi setelah rumpai dicabut tiada orang tahu bahawa rumpai pernah di situ.

19Memang, itu sahaja keriangan bagi orang jahat; kini orang lain yang mengambil tempat mereka.

20Tetapi Allah tidak pernah meninggalkan orang yang setia, Dia tidak pernah menolong orang yang durjana.

21Dia akan membiarkan engkau tertawa dan bersorak-sorak dengan gembira,

22tetapi orang yang membenci engkau akan dipermalukan, dan tempat kediaman orang jahat akan dimusnahkan."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel