Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 8 >> 

Yesus Imam Agung Kita

1Inilah perkara penting daripada apa yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Agung seperti itu; Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Besar di syurga.

2Dia bertugas sebagai Imam Agung di Bilik Maha Suci, di dalam Khemah Tuhan yang sejati dan yang didirikan oleh Tuhan, bukan oleh manusia.

3Tiap-tiap Imam Agung dilantik untuk mempersembahkan persembahan dan korban binatang kepada Allah; demikian juga Imam Agung kita mesti mempunyai sesuatu untuk dipersembahkan.

4Andaikata Dia di bumi ini, Dia tidak akan menjadi imam, kerana sudah ada imam yang mempersembahkan korban menurut Taurat orang Yahudi.

5Tugas yang dilakukan mereka sebagai imam, sebenarnya hanya suatu gambaran dan bayangan daripada apa yang di syurga. Demikian juga halnya dengan Musa dahulu. Ketika dia hendak mendirikan Khemah Tuhan, Allah berfirman kepadanya, "Ingatlah, engkau harus membuat segala-galanya menurut contoh yang ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu."

6Tetapi sekarang Yesus diberikan tugas imam yang jauh lebih mulia daripada yang dijalankan imam-imam itu, kerana perjanjian yang diadakan-Nya antara Allah dengan manusia adalah lebih baik. Perjanjian itu berdasarkan janji tentang perkara-perkara yang lebih baik.

7Andaikata tidak ada kekurangan pada perjanjian pertama, maka tidak perlu diadakan perjanjian kedua.

8Tetapi Allah mendapati kesalahan umat-Nya, ketika Dia mencela mereka, "Masanya akan tiba, firman Tuhan, apabila Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan umat Israel, dan dengan umat Yehuda.

9Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka, pada masa Aku membimbing mereka keluar dari negeri Mesir. Mereka tidak setia kepada perjanjian yang Aku buat dengan mereka, itulah sebabnya Aku tidak mempedulikan mereka.

10Tetapi sekarang, inilah perjanjian yang akan Aku buat dengan umat Israel pada masa akan datang, firman Tuhan: Aku akan menanamkan hukum-Ku di dalam fikiran mereka, dan menuliskannya di dalam hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.

11Tidak seorang pun perlu mengajar sesama wargakota, atau memberitahu sesama suku, ‘Kenallah akan Tuhan.’ Mereka semua akan mengenal Aku, daripada yang terkecil sehingga yang terbesar.

12Aku akan mengampunkan kesalahan mereka, dan tidak mengingat lagi dosa mereka."

13Oleh sebab Allah berfirman tentang perjanjian baru, Dia menjadikan perjanjian pertama itu lama. Apa sahaja yang menjadi lama dan usang, akan segera lenyap.


  Share Facebook  |  Share Twitter

Download Audio MP3 (Ibrani 8):
Mobile (Low Quality) - CD (High Quality)

 <<  Ibrani 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel