Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Imamat 12 >> 

Upacara Penyucian Bagi Wanita setelah Melahirkan Anak

1TUHAN memberi Musa peraturan-peraturan berikut

2bagi umat Israel. Apabila seorang wanita melahirkan seorang anak lelaki, wanita itu najis selama tujuh hari seperti pada masa haidnya.

3Pada hari kelapan, anak itu harus disunat.

4Selepas itu, wanita itu masih najis selama tiga puluh tiga hari lagi kerana mencucurkan darah nifas. Dia tidak boleh menyentuh apa sahaja yang digunakan untuk beribadat, ataupun masuk ke dalam Khemah TUHAN sebelum habis masa penyuciannya.

5Apabila seorang wanita melahirkan seorang anak perempuan, wanita itu najis selama empat belas hari seperti pada masa haidnya. Selepas itu, wanita itu masih najis selama enam puluh enam hari lagi kerana mencucurkan darah nifas.

6Apabila habis masa penyuciannya, baik bagi kelahiran anak lelaki ataupun anak perempuan, wanita itu harus membawa seekor anak domba yang berumur satu tahun bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan seekor burung merpati atau burung tekukur bagi korban untuk mengampunkan dosa, kepada imam di pintu Khemah TUHAN.

7Imam itu akan mempersembahkan persembahan wanita itu kepada TUHAN dan melakukan upacara untuk menghapuskan kenajisannya. Selepas itu barulah wanita itu tahir. Inilah yang mesti dilakukan oleh seorang wanita setelah melahirkan anak.

8Jika wanita itu tidak mampu membeli seekor anak domba, dia harus membawa dua ekor burung merpati atau burung tekukur, seekor bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan seekor lagi bagi korban untuk mengampunkan dosa. Imam akan melakukan upacara untuk menghapuskan kenajisannya. Selepas itu barulah wanita itu tahir.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Imamat 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel