Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Imamat 27 >> 

Peraturan tentang Persembahan kepada TUHAN

1TUHAN memberi Musa

2peraturan-peraturan berikut untuk umat Israel. Apabila seseorang dipersembahkan kepada TUHAN untuk menunaikan nazar, orang itu dapat ditebus dengan harga berikut,

3yang ditentukan di dalam Khemah TUHAN: -- 60 tahun ke atas: lelaki: 15 keping wang perak perempuan: 10 keping wang perak -- antara 20-60 tahun: lelaki: 50 keping wang perak perempuan: 30 keping wang perak -- antara 5-20 tahun: lelaki: 20 keping wang perak perempuan: 10 keping wang perak -- di bawah 5 tahun: lelaki: 5 keping wang perak perempuan: 3 keping wang perak

4(27:3)

5(27:3)

6(27:3)

7(27:3)

8Jika orang yang bernazar itu tidak sanggup membayar harga yang ditentukan, dia harus membawa orang yang dipersembahkan kepada TUHAN itu kepada imam, dan imam akan menurunkan harganya menurut kesanggupan orang itu.

9Jika nazar itu tentang binatang yang dapat diterima sebagai korban kepada TUHAN, maka setiap persembahan yang diberikan kepada TUHAN menjadi milik TUHAN.

10Orang yang bernazar itu tidak boleh menukarnya dengan binatang lain. Jika dia berbuat begitu, kedua-dua ekor binatang itu menjadi milik TUHAN.

11Tetapi jika nazar itu tentang binatang haram yang tidak dapat diterima sebagai korban kepada TUHAN, orang yang bernazar itu harus membawa binatang itu kepada imam.

12Imam akan menentukan harganya menurut keadaan binatang itu, dan itulah harga mati.

13Jika orang itu hendak menebus binatangnya, dia mesti membayar harga itu ditambah dengan dua puluh peratus.

14Apabila seseorang mempersembahkan rumahnya kepada TUHAN, imam akan menentukan harganya menurut keadaan rumah itu, dan itulah harga mati.

15Jika orang itu hendak menebus rumahnya, dia mesti membayar harga itu ditambah dengan dua puluh peratus.

16Apabila seseorang mempersembahkan sebahagian daripada tanahnya kepada TUHAN, harganya ditentukan menurut jumlah benih yang dapat ditanam di tanah itu; untuk setiap 20 kilogram barli, harganya sepuluh keping wang perak.

17Jika orang itu mempersembahkan tanahnya sebaik sahaja Tahun Pengembalian berakhir, harganya mesti dibayar penuh.

18Tetapi jika tanah itu dipersembahkan selepas Tahun Pengembalian, harganya harus ditentukan oleh imam menurut bilangan tahun yang masih tinggal sebelum Tahun Pengembalian yang akan datang; harganya pun menjadi lebih murah.

19Jika orang yang mempersembahkan tanah itu hendak menebusnya, dia mesti membayar harga itu ditambah dengan dua puluh peratus.

20Jika dia menjual tanah itu kepada orang lain sebelum dia menebusnya daripada TUHAN, dia kehilangan hak untuk menebus tanah itu.

21Pada Tahun Pengembalian yang akan datang, tanah itu menjadi milik TUHAN selama-lamanya, dan tanah itu diberikan kepada para imam.

22Jika seseorang mempersembahkan tanah yang dibelinya kepada TUHAN,

23imam akan menentukan harganya menurut tahun yang masih tinggal sehingga Tahun Pengembalian yang akan datang. Orang itu mesti membayar harganya pada hari itu juga, dan wang itu menjadi milik TUHAN.

24Pada Tahun Pengembalian, tanah itu mesti dikembalikan kepada pemilik asalnya atau kepada keturunannya.

25Semua harga mesti ditentukan menurut harga yang ditetapkan di Khemah TUHAN.

26Anak sulung binatang sudah sememangnya milik TUHAN, dan tidak boleh dipersembahkan sebagai korban yang dipersembahkan dengan sukarela. Anak lembu, anak domba, atau anak kambing yang sulung menjadi milik TUHAN.

27Tetapi anak sulung binatang haram boleh ditebus menurut harga yang ditentukan di Khemah TUHAN, ditambah dengan dua puluh peratus. Jika tidak ditebus, binatang itu boleh dijual kepada orang lain menurut harga yang ditentukan di Khemah TUHAN.

28Tiada seorang pun boleh menjual ataupun menebus apa yang sudah dikhaskannya tanpa syarat untuk TUHAN, sama ada manusia, binatang, ataupun tanah. Semua itu menjadi milik TUHAN selama-lamanya.

29Bahkan manusia yang sudah dikhaskan tanpa syarat untuk TUHAN, tidak dapat ditebus; orang itu mesti dibunuh.

30Sepuluh peratus daripada segala hasil tanaman kamu, baik gandum mahupun buah-buahan menjadi milik TUHAN.

31Jika seseorang hendak menebus sebahagian daripada hasil itu, dia harus menebusnya menurut harga yang ditentukan di Khemah TUHAN, ditambah dengan dua puluh peratus.

32Seekor daripada tiap-tiap sepuluh ekor binatang ternakan adalah milik TUHAN. Apabila binatang itu dihitung, tiap-tiap yang kesepuluh menjadi milik TUHAN.

33Pemilik ternakan itu tidak boleh mengatur binatang itu sedemikian rupa sehingga yang kurang baik sahaja yang terpilih. Apa sahaja yang sudah terpilih tidak boleh ditukar. Jika dia menukarnya, kedua-dua ekor binatang itu menjadi milik TUHAN, dan tidak boleh ditebus.

34Itulah perintah-perintah yang diberikan TUHAN kepada Musa di atas Gunung Sinai untuk umat Israel.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Imamat 27 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel