Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Kidung Agung 2 >> 

1Aku bunga mawar di Saron, bunga bakung di lembah gunung.

2Lelaki Seperti bunga bakung antara semak berduri, demikianlah sayangku antara puteri.

3Wanita Bagaikan pokok epal antara pokok-pokok hutan, demikianlah sayangku antara kaum lelaki. Aku suka bernaung di bawahnya, buah-buahnya manis rasanya.

4Dia membawa aku ke dewan pesta, pandangannya padaku penuh cinta.

5Kuatkanlah aku dengan kismis, segarkanlah aku dengan epal, kerana aku sakit asmara.

6Tangan kirinya menopang kepalaku, tangan kanannya membelai aku.

7Berjanjilah, hai puteri-puteri Yerusalem, demi rusa dan kijang di padang bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.

Nyanyian Kedua

8Wanita Aku mendengar suara kekasihku. Dia lari kepadaku melalui bukit dan gunung.

9Kekasihku seperti kijang; dia seperti anak rusa. Di balik tembok dia berdiri, dengan matanya dia menatap, dan mengintip dari kisi-kisi tingkap.

10Kekasihku berkata-kata kepadaku. Lelaki Marilah, hai sayangku, marilah jelitaku, marilah.

11Musim sejuk sudah berlalu; hujan pun sudah berhenti.

12Bunga di padang sudah mekar. Inilah masanya untuk menyanyi; bunyi tekukur terdengar di padang.

13Buah ara mula masak; pokok anggur semerbak harum bunganya. Marilah, hai sayangku, marilah jelitaku, marilah.

14Engkau seperti burung merpati yang bersembunyi di celah-celah bukit batu. Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu, biarlah kudengar suaramu yang merdu.

15Tangkaplah rubah-rubah yang kecil itu, rubah yang merosakkan ladang anggur, kerana pokok anggur kita sedang berbunga.

16Wanita Kekasihku kepunyaanku, dan aku kepunyaannya. Dia menggembala dombanya di tengah-tengah bunga bakung

17sehingga angin fajar bertiup dan kegelapan pun hilang. Kembalilah, hai sayangku, seperti kijang, seperti anak rusa di pergunungan Beter.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kidung Agung 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel