Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Kidung Agung 5 >> 

1Lelaki Aku datang ke tamanku, hai kekasih dan pengantinku, aku mengumpulkan mur dan rempahku; aku makan madu dan sarang lebah maduku, aku minum susu dan wainku. Wanita-Wanita Makanlah, hai sahabat-sahabat, dan minumlah sehingga kamu mabuk asmara.

Nyanyian Keempat

2Wanita Aku tidur, tetapi hatiku berjaga. Dengarlah, kekasihku mengetuk pintu. Lelaki Benarkanlah aku masuk, hai sayangku, merpatiku, buah hatiku. Kepalaku basah kerana embun, dan rambutku penuh titisan embun malam.

3Wanita Pakaian telah kutanggalkan; mengapakah aku harus memakainya lagi? Kaki pun telah kucuci; mengapakah aku harus mengotorkannya lagi?

4Berdebar-debar hatiku, kerana kekasihku memegang tombol pintu.

5Maka bangunlah aku hendak membuka pintu bagi kekasihku. Mur menitis dari tangan dan jariku membasahi tombol pintu.

6Aku membuka pintu untuk kekasihku, tetapi dia sudah pergi. Aku sangat merindukan suaranya. Aku mencari dia tetapi tidak menemuinya; aku memanggil dia, tetapi dia tidak menyahut.

7Peronda-peronda kota menemui aku; mereka memukul dan melukai aku; pengawal di tembok kota merampas selendangku.

8Berjanjilah, hai puteri-puteri Yerusalem, jika kamu menjumpai kekasihku, beritahulah dia bahawa aku sakit asmara.

9Wanita-Wanita Hai gadis yang paling jelita, adakah kekasihmu lebih baik daripada kekasih lain? Apakah kelebihan kekasihmu sehingga kami harus berjanji kepadamu?

10Wanita Kekasihku kacak dan gagah; unggul antara sepuluh ribu orang.

11Kepalanya seperti emas, emas murni, rambutnya berombak-ombak, hitam seperti burung gagak.

12Matanya seperti burung merpati di mata air, merpati bermandi susu, di tebing anak sungai.

13Pipinya bagaikan kebun rempah yang wangi. Bibirnya bagaikan bunga bakung yang menitiskan mur cecair.

14Tangannya elok, dan dia memakai cincin emas dengan permata. Badannya seperti gading bertatah batu nilam.

15Kakinya seperti tiang marmar putih, yang beralaskan emas. Perawakannya gagah seperti gunung-gunung di Lebanon, dan anggun seperti pokok sedar.

16Amat manis tutur katanya, segala yang ada padanya menawan hatiku. Demikianlah kekasihku dan sahabatku, hai puteri-puteri Yerusalem.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kidung Agung 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel