Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 118 >> 

Doa Kesyukuran bagi Kemenangan

1Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.

2Hendaklah umat Israel berkata, "Kasih-Nya kekal abadi."

3Hendaklah imam-imam Allah berkata, "Kasih-Nya kekal abadi."

4Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata, "Kasih-Nya kekal abadi."

5Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN; Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku.

6Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku?

7TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan.

8Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan manusia.

9Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan pemimpin.

10Banyak musuh mengelilingi aku, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

11Mereka mengepung aku dari segala arah, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

12Mereka menyerbu aku seperti lebah, tetapi mereka terbakar secepat belukar; aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN.

13Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan, tetapi TUHAN menolong aku.

14TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa; Dia telah menyelamatkan aku.

15Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah; "TUHAN melakukan perbuatan perkasa!

16Kuasa TUHAN memberi kita kemenangan, TUHAN melakukan perbuatan perkasa!"

17Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup, untuk menceritakan perbuatan TUHAN.

18Dia telah menghukum aku dengan berat, tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.

19Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku, supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!

20Inilah pintu gerbang TUHAN; hanya umat Allah boleh memasukinya.

21Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku, kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.

22Batu yang dibuang pembina-pembina itu telah menjadi batu yang paling utama.

23Inilah perbuatan TUHAN; sungguh mengagumkan bagi kita!

24Inilah hari kemenangan TUHAN; marilah kita rayakannya dengan gembira.

25Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN! Ya TUHAN, berilah kami kejayaan!

26Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN! Dari Rumah TUHAN, kami memberkati kamu semua.

27TUHAN itu Allah; Dia baik kepada kita. Dengan melambai-lambaikan dahan pokok, mulakanlah perayaan dan berjalanlah mengelilingi mazbah.

28Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu; aku akan mengagungkan Engkau.

29Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 118 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel