Doa Minta Tolong
1Untuk pemimpin koir. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud. (12-2) Tolonglah kami, ya TUHAN, kerana tidak ada lagi orang yang baik; orang yang jujur tidak dapat dijumpai lagi.
2(12-3) Semua manusia saling membohongi, dan saling menipu dengan kata-kata manis.
3(12-4) Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN, dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,
4(12-5) "Kami berkuasa dengan mulut kami. Kami akan bercakap sesuka hati; tidak sesiapa dapat menghalang kami."
5(12-6) TUHAN berfirman, "Orang miskin ditindas, dan orang yang dianiaya mengerang. Maka sekarang juga Aku datang memberikan ketenteraman yang diingini mereka."
6(12-7) Janji TUHAN teguh dan dapat dipercayai; seperti perak yang dimurnikan berkali-kali di dalam api.
7(12-8) Orang jahat terdapat di merata-rata tempat, dan setiap orang menyanjung kejahatan. Selamatkanlah kami, ya TUHAN, peliharakanlah kami daripada orang seperti itu.
8(12-9) (#12:7)