Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 138 >> 

Doa Kesyukuran

1Mazmur Daud. Ya TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu dengan sepenuh hatiku; aku menyanyikan pujian untuk-Mu di hadapan makhluk-makhluk syurga.

2Aku menghadap Rumah-Mu yang suci, aku sujud dan memuji nama-Mu kerana Engkau setia dan kasih-Mu kekal, kerana Engkau telah menunjukkan bahawa nama-Mu dan firman-Mu agung.

3Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu; Engkau menguatkan aku sehingga aku berani.

4Semua raja di dunia akan memuji Engkau, ya TUHAN, kerana mereka telah mendengar janji-janji-Mu.

5Mereka akan menyanyi tentang perbuatan-Mu, dan tentang kemuliaan-Mu yang besar.

6Walaupun Engkau begitu agung, Engkau memperhatikan orang yang hina, dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu.

7Ketika aku ditimpa kesusahan, Engkau memelihara aku; Engkau menentang musuhku yang ganas, dan menyelamatkan aku dengan kuasa-Mu.

8Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku; ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi. Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 138 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel