Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 28 >> 

Doa Minta Tolong

1Mazmur Daud. Ya TUHAN, pembelaku, aku berseru kepada-Mu. Dengarlah teriakanku! Jika Engkau tidak mengabulkan doaku, aku seperti orang yang masuk ke lubang kubur.

2Dengarkanlah aku ketika aku berseru meminta pertolongan, aku mengangkat tanganku ke arah Rumah-Mu yang suci.

3Janganlah hukum aku bersama dengan orang durjana, bersama-sama orang yang melakukan kejahatan -- orang yang bermulut manis, tetapi hati diliputi kebencian.

4Hukumlah mereka kerana perbuatan mereka, kerana segala kejahatan yang telah dilakukan mereka. Hukumlah mereka kerana segala perbuatan mereka; balaslah mereka dengan sepatutnya.

5Mereka tidak mempedulikan perbuatan TUHAN, mahupun segala ciptaan-Nya; oleh itu TUHAN akan menghukum mereka dan memusnahkan mereka selama-lamanya.

6Pujilah TUHAN; Dia telah mendengar permohonanku.

7TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.

8TUHAN melindungi umat-Nya; Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya.

9Ya TUHAN, selamatkanlah umat-Mu, dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu. Jadilah seperti gembala bagi mereka, dan jagalah mereka selama-lamanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 28 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel