Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 92 >> 

Lagu Pujian

1Mazmur. Lagu untuk hari Sabat. (92-2) Alangkah baiknya bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN, menyanyi untuk memuji Allah Yang Maha Tinggi,

2(92-3) mengisytiharkan kasih-Mu pada setiap pagi, dan kesetiaan-Mu pada setiap malam,

3(92-4) dengan iringan alat muzik yang bertali, dan dengan iringan kecapi.

4(92-5) Perbuatan-Mu, ya TUHAN, menggembirakan aku; aku menyanyi dan bergirang kerana karya-Mu.

5(92-6) Ya TUHAN, sungguh besar perbuatan-Mu! Sungguh dalam fikiran-Mu!

6(92-7) Orang bodoh tidak dapat mengertinya, orang dungu tidak dapat memahaminya;

7(92-8) orang jahat mungkin tumbuh subur seperti rumput, dan orang yang melakukan kejahatan mungkin makmur; namun mereka akan dibinasakan sama sekali,

8(92-9) kerana Engkau, ya TUHAN, penguasa tertinggi selama-lamanya.

9(92-10) Kami tahu bahawa musuh-Mu akan dimusnahkan, dan semua orang jahat akan dikalahkan.

10(92-11) Engkau telah menjadikan aku sekuat lembu jantan yang liar; Engkau telah memberkati aku dengan kebahagiaan.

11(92-12) Aku telah melihat kekalahan musuhku, dan mendengar teriakan orang jahat yang menyerang aku.

12(92-13) Orang jujur akan menjadi makmur seperti pokok palma; mereka akan menjadi kuat seperti pokok sedar di Lebanon.

13(92-14) Mereka umpama pokok yang ditanam di Rumah TUHAN, seperti pokok yang tumbuh dengan subur di Rumah Allah kita,

14(92-15) dan tetap menghasilkan buah pada masa tua, dan sentiasa menghijau serta kuat.

15(92-16) Hal ini menunjukkan bahawa TUHAN adil, dan tidak terdapat kecurangan pada pembelaku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 92 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel