Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Nahum 2 >> 

Kejatuhan Kota Niniwe

1Hai Niniwe, engkau sedang diserang! Yang berkuasa menghancurkan kamu sudah datang! Kawallah kubu-kubu pertahanan! Awasilah jalan-jalan! Bersiaplah untuk berperang.

2(TUHAN akan segera memulihkan kemegahan Israel, sehingga seperti dahulu, sebelum musuh menjarahnya.)

3Tentera musuh membawa perisai merah, dan memakai pakaian seragam berwarna merah. Musuh sudah bersedia untuk menyergap! Bagaikan api, kereta kuda mereka berkilap! Kuda mereka melompat-lompat!

4Di jalan-jalan, kereta kuda meluru tidak tentu arah, meluru ke sana sini di padang kota. Kereta kuda bersinar seperti obor, meluru secepat halilintar.

5Pegawai tentera dikerah; mereka tersandung ketika mara. Penyerang bergerak cepat menuju tembok, menyiapkan alat pemecah tembok.

6Pintu-pintu air di tepi sungai terbuka; maka gemparlah semua orang di istana.

7Penyerang menangkap permaisuri, dayang-dayangnya mengerang bagai burung merpati, menebah dada kerana sedih hati.

8Penduduk Niniwe berlari keluar dari kota seperti air keluar dari empangan yang pecah. Terdengar teriakan, "Berhenti, berhenti!" tetapi tiada seorang pun yang mahu kembali.

9Rampaslah perak! Rampaslah emas! Kota penuh dengan harta benda!

10Niniwe sudah musnah, terbiar, dan lengang. Kerana takut, semangat orang hilang; lutut gementar, kehabisan tenaga; semua orang pucat muka.

11Di manakah kota itu sekarang? Kota yang seperti gua tempat singa bersarang; tempat anak-anak singa diberikan makanan, tempat tujuan singa jantan dan singa betina, tempat yang aman bagi anak-anak singa.

12Singa menerkam mangsanya, lalu mencabik dagingnya untuk makanan singa betina dan anaknya. Singa memenuhi guanya dengan cabikan daging mangsanya.

13TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, "Aku musuhmu. Aku akan membakar kereta kudamu sampai musnah. Askar-askarmu akan dibunuh dalam pertempuran, dan Aku akan mengambil segala sesuatu yang sudah kamu rampas daripada orang lain. Tuntutan para utusanmu tidak akan terdengar lagi."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Nahum 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel