Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Pengkhotbah 5 >> 

1(4-17)

Jangan Terburu-buru Membuat Janji

Berhati-hatilah apabila pergi ke Rumah TUHAN. Lebih baik ke sana untuk belajar, daripada mempersembahkan korban seperti orang bodoh yang tidak tahu membezakan apa yang benar dengan apa yang salah.

2(5-1) Berfikirlah sebelum bercakap, dan janganlah terburu-buru berjanji kepada Allah. Allah di syurga, sedangkan kamu di bumi. Oleh itu, janganlah katakan apa-apa yang tidak perlu.

3(5-2) Semakin kamu khuatir, semakin besar kemungkinan mendapat mimpi buruk. Semakin banyak kamu bercakap, semakin besar kemungkinan mengeluarkan kata-kata bodoh.

4(5-3) Oleh itu, apabila berjanji kepada Allah, tepatilah janji itu secepat mungkin. Allah tidak suka kepada orang bodoh. Tunaikanlah janji.

5(5-4) Lebih baik tidak berjanji daripada memungkiri janji.

6(5-5) Jangan biar kata-katamu menyebabkan kamu berdosa sehingga kamu terpaksa mengaku kepada imam bahawa kamu silap mengucapkan janji. Mengapa kamu membangkitkan kemurkaan Allah terhadapmu sehingga Dia memusnahkan segala usahamu?

7(5-6) Tidak kira betapa banyaknya impian kamu, atau betapa banyaknya usaha kamu yang sia-sia itu, atau betapa banyaknya kata kamu, kamu mesti tetap takut kepada Allah.

8(5-7)

Hidup yang Sia-Sia

Jangan hairan apabila melihat pemerintah menindas orang miskin dan merampas hak mereka, serta tidak memberi mereka keadilan. Tiap-tiap pegawai dilindungi oleh pegawai atasannya, dan kedua-duanya dilindungi oleh pegawai yang berpangkat lebih tinggi.

9(5-8) Bahkan raja pun bergantung kepada hasil tuaian.

10(5-9) Jika kamu mencintai wang, kamu tidak akan puas hati. Jika kamu ingin menjadi kaya, kamu tidak akan mendapat segala yang kamu ingini. Semuanya sia-sia sahaja.

11(5-10) Semakin banyak kekayaan kamu, semakin banyak tanggungan kamu. Kamu tidak mendapat keuntungan apa-apa, kamu hanya tahu bahawa kamu kaya.

12(5-11) Pekerja mungkin cukup makan atau mungkin tidak, tetapi setidak-tidaknya mereka dapat tidur nyenyak. Sebaliknya, orang kaya mempunyai begitu banyak harta sehingga mereka tidak dapat tidur kerana risau.

13(5-12) Aku melihat sesuatu yang menyedihkan di dunia ini: ada orang menyimpan wang untuk masa mereka memerlukannya.

14(5-13) Tetapi wang itu hilang dalam usaha niaga, sehingga tiada apa-apa pun yang dapat diwariskan kepada anak mereka.

15(5-14) Kita meninggalkan dunia ini seperti kita dilahirkan, tanpa apa-apa pun! Kita tidak dapat membawa apa-apa daripada segala jerih payah kita.

16(5-15) Hal ini tidak adil. Kita pergi seperti kita datang. Kita bersusah payah untuk mengejar angin dan apakah hasilnya?

17(5-16) Kita hidup dalam kegelapan dan kesedihan, kekhuatiran, kemarahan, serta kesakitan.

18(5-17) Kesimpulanku demikian: baiklah orang makan, minum, dan menikmati hasil kerja mereka dalam hidup pendek yang diberikan Allah. Itulah nasib manusia.

19(5-18) Jika Allah memberi orang harta dan kekayaan, dan membolehkan mereka menikmati kekayaan itu, haruslah mereka bersyukur dan menikmati segala hasil kerja mereka. Itu juga pemberian Allah.

20(5-19) Kerana Allah membolehkan mereka bersukacita, mereka tidak terlalu khuatir betapa pendeknya hidup ini.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Pengkhotbah 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel