Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 46 >> 

Penguasa dan Peraturan Perayaan

1TUHAN Raja berfirman, "Pintu gerbang timur yang menghadap ke halaman dalam harus ditutup selama enam hari kerja. Tetapi pada hari Sabat dan Perayaan Bulan Baru, pintu gerbang itu harus dibuka.

2Penguasa akan masuk dari halaman luar ke ruang besar dan berdiri di sebelah tiang pintu gerbang itu. Sementara itu imam-imam akan mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk memohon berkat TUHAN, iaitu korban-korban yang diberikan oleh penguasa. Penguasa harus sujud dan menyembah TUHAN di ambang pintu gerbang itu, lalu keluar semula. Pintu gerbang itu tidak boleh ditutup hingga malam.

3Pada tiap-tiap hari Sabat dan Perayaan Bulan Baru, semua rakyat juga mesti sujud dan menyembah TUHAN di hadapan ambang pintu gerbang itu.

4Pada hari Sabat, penguasa harus mempersembahkan korban kepada TUHAN, iaitu korban untuk menyenangkan hati TUHAN yang terdiri daripada enam ekor anak domba dan seekor domba jantan. Semuanya tidak boleh ada cacat.

5Bagi setiap ekor domba jantan, penguasa harus mempersembahkan 17.5 liter bijirin; dan bagi setiap ekor domba, dia harus mempersembahkan bijirin sebanyak yang diingininya. Setiap 17.5 liter bijirin harus disertai 3 liter minyak zaitun.

6Pada Perayaan Bulan Baru, dia harus mempersembahkan seekor anak lembu jantan, enam ekor anak domba, dan seekor domba jantan. Semuanya tidak boleh ada cacat.

7Bagi setiap ekor lembu jantan dan setiap ekor domba jantan, dia harus mempersembahkan 17.5 liter bijirin; dan bagi setiap ekor anak domba, dia harus mempersembahkan bijirin sebanyak yang diingininya. Setiap 17.5 liter bijirin harus disertai 3 liter minyak zaitun.

8Penguasa mesti masuk melalui ruang besar itu dan keluar melalui jalan yang sama.

9Apabila penduduk kota datang untuk beribadat kepada TUHAN pada hari perayaan, mereka yang masuk melalui pintu gerbang utara, harus keluar melalui pintu gerbang selatan. Mereka yang masuk melalui pintu gerbang selatan, harus keluar melalui pintu gerbang utara. Tidak sesiapa pun boleh keluar melalui pintu yang dimasukinya, tetapi dia mesti keluar melalui pintu yang di seberangnya.

10Penguasa harus masuk ke Rumah TUHAN bersama-sama rakyat, dan keluar bersama-sama rakyat.

11Pada hari-hari pesta dan perayaan, bijirin sebanyak 17.5 liter harus dipersembahkan bersama dengan setiap lembu jantan atau domba jantan. Orang yang beribadat boleh mempersembahkan bijirin sebanyak yang diingininya bersama dengan setiap ekor anak domba. Setiap 17.5 liter bijirin harus disertai 3 liter minyak zaitun.

12Jika penguasa ingin memberikan persembahan sukarela kepada TUHAN, baik korban untuk menyenangkan hati TUHAN, ataupun korban untuk memohon berkat TUHAN, pintu gerbang timur yang menuju ke halaman dalam harus dibuka baginya. Dia harus mempersembahkan korban itu dengan cara yang sama seperti yang dilakukannya pada hari Sabat, dan pintu gerbang harus ditutup semula selepas dia keluar."

Persembahan Harian

13TUHAN berfirman, "Setiap hari pada waktu pagi, seekor anak domba yang berusia satu tahun dan tidak ada cacat harus dipersembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN.

14Pada setiap pagi harus dipersembahkan juga 2 kilogram bijirin dan 1 liter minyak zaitun untuk dicampur dengan bijirin itu. Peraturan ini harus ditaati selama-lamanya.

15Anak domba, bijirin, dan minyak zaitun itu harus dipersembahkan kepada TUHAN pada setiap pagi untuk selama-lamanya."

Tanah Milik Penguasa

16TUHAN Raja memberikan perintah, "Jika penguasa memberikan sebahagian tanah pusakanya kepada salah seorang anak lelakinya sebagai hadiah, tanah itu menjadi milik anak itu dan merupakan harta keluarganya.

17Tetapi jika penguasa memberikan sebahagian tanah pusakanya kepada seorang pegawainya, tanah itu menjadi milik penguasa lagi pada Tahun Pengembalian. Tanah itu milik penguasa, dan hanya dia dan anak-anak lelakinya tetap memiliki tanah itu.

18Penguasa itu tidak boleh merampas tanah pusaka rakyatnya. Tanah yang diberikannya kepada anak-anak lelakinya mesti tanahnya sendiri yang telah ditentukan baginya, supaya dia tidak menindas sesiapa pun umat-Ku dengan merampas tanah mereka."

Dapur-Dapur di Rumah TUHAN

19Kemudian lelaki itu membawa aku ke pintu yang berhampiran dengan pintu gerbang, di bahagian selatan halaman dalam, ke bilik-bilik suci yang menghadap ke utara. Bilik-bilik itu untuk para imam. Lelaki itu menunjuk ke satu ruangan di sebelah barat bilik-bilik itu

20lalu berkata kepadaku, "Inilah tempat bagi para imam merebus daging daripada korban untuk menghapuskan dosa dan korban untuk membayar ganti rugi. Imam juga akan memanggang korban berupa bijirin di dapur-dapur ini. Dengan demikian korban-korban yang suci itu tidak dibawa ke halaman luar sehingga mencelakakan rakyat."

21Selepas itu dia membawa aku ke halaman luar, dan diperlihatkannya kepada aku bahawa di setiap sudut ada lagi halaman yang kecil: panjangnya 20 meter dan lebarnya 15 meter.

22(46:21)

23Setiap halaman itu mempunyai tembok batu di sekelilingnya, dan pada tembok itu ada perapian.

24Lelaki itu berkata kepadaku, "Inilah dapur-dapur tempat pekerja-pekerja Rumah TUHAN merebus korban yang dipersembahkan oleh rakyat."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 46 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel