Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 6 >> 

TUHAN Mengutuk Penyembahan Berhala

1TUHAN berfirman kepadaku,

2"Hai manusia fana, pandanglah gunung-gunung Israel, dan sampaikanlah perkhabaran-Ku kepada gunung-gunung itu.

3Suruhlah gunung-gunung Israel mendengar firman TUHAN dan memperhatikan perkara yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada gunung, bukit, jurang, dan lembah. Aku akan mengirim pedang untuk memusnahkan tempat-tempat penyembahan berhala.

4Mazbah akan dirobohkan, dan tempat pembakaran kemenyan akan dipecahkan. Semua orang di situ akan dibunuh di depan berhala mereka.

5Aku akan menyelerakkan mayat umat Israel; Aku akan menyelerakkan tulang mereka di sekeliling mazbah-mazbah itu.

6Semua kota di Israel akan dimusnahkan supaya semua mazbah dan berhala mereka akan pecah berkecai, tempat pembakaran kemenyan mereka akan hancur, dan segala yang telah dibuat mereka akan lenyap.

7Orang akan dibunuh di serata tempat, dan mereka yang terselamat akan mengakui bahawa Akulah TUHAN.

8Aku akan membiarkan sebilangan daripada mereka terlepas daripada pembantaian itu, lalu dicerai-beraikan di negeri-negeri lain.

9Di sana mereka akan hidup dalam buangan. Lalu mereka akan teringat Aku dan menyedari bahawa Aku telah menghukum dan mempermalukan mereka kerana mereka tidak setia kepada-Ku. Mereka telah meninggalkan Aku dan memilih berhala, dan bukan Aku. Mereka akan merasa jijik terhadap diri mereka sendiri kerana perbuatan yang jahat dan hina yang dilakukan mereka.

10Barulah mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN dan bahawa amaran-Ku bukan ancaman kosong belaka."

11TUHAN Raja berfirman, "Ramaslah tangan! Hentakkanlah kaki! Merataplah kerana segala perbuatan yang jahat dan menjijikkan yang telah dilakukan oleh bangsa Israel. Mereka akan mati kerana peperangan, kelaparan, atau wabak.

12Mereka yang jauh akan jatuh sakit lalu mati; mereka yang dekat akan mati dalam peperangan; sesiapa yang masih hidup dan terselamat akan mati kelaparan. Mereka akan merasakan kedahsyatan kemurkaan-Ku.

13Mayat akan berselerakan di antara berhala-berhala dan di sekitar mazbah-mazbah, di atas setiap bukit yang tinggi dan di puncak setiap gunung, di bawah setiap pokok hijau dan setiap pokok oak yang besar, di setiap tempat mereka mempersembahkan korban yang dibakar kepada berhala mereka. Barulah setiap orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN.

14Ya, Aku akan mengacungkan tangan-Ku dan menghancurkan negeri mereka sehingga menjadi tandus dan lengang, mulai dari padang gurun di selatan sampai ke kota Ribla di utara. Semua tempat yang didiami umat Israel, akan dimusnahkan. Barulah setiap orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN."


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel