Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [TMV]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 50 >> 

1TUHAN berfirman, "Jangan sangka bahawa Aku mengusir kamu umat-Ku, seperti seorang suami menceraikan isterinya. Jika demikian, di manakah surat cerai itu? Adakah kamu menyangka bahawa Aku menjual kamu seperti seorang bapa menjual anaknya kepada penagih hutang? Tidak, kamu ditawan kerana dosa kamu; kamu dibuang kerana kejahatan yang telah kamu lakukan.

2Mengapakah umat-Ku tidak menyambut Aku ketika Aku datang untuk menyelamatkan mereka? Mengapakah mereka tidak menjawab ketika Aku memanggil? Adakah Aku terlalu lemah untuk menyelamatkan mereka? Dengan perintah-Ku air laut menjadi kering, sungai-sungai menjadi padang pasir sehingga ikan-ikan di dalamnya mati kerana tidak ada air.

3Aku menjadikan langit gelap seolah-olah langit sedang berkabung."

Ketaatan Hamba TUHAN

4TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan, supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu. Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginanku untuk mendengar ajaran-Nya bagiku.

5TUHAN telah memberi aku pengertian, aku tidak memberontak atau berpaling daripada-Nya.

6Aku memberikan belakangku kepada mereka yang memukul aku, dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku. Aku tidak memalingkan mukaku ketika aku dihina dan diludahi.

7Namun hinaan mereka tidak dapat menyakiti aku, kerana TUHAN Raja menolong aku. Aku menguatkan hatiku supaya tabah. Aku tahu aku tidak akan dipermalukan,

8kerana Allah menyertai aku. Dia akan membuktikan bahawa aku tidak bersalah. Beranikah sesiapa menuduh aku? Marilah kita ke pengadilan. Biarlah dia mengajukan tuduhan.

9TUHAN Raja sendiri membela aku; siapakah dapat mengatakan aku bersalah? Semua pendakwaku akan lenyap; mereka akan lenyap seperti kain usang dimakan gegat.

10Hai kamu yang menghormati TUHAN dan yang taat kepada kata-kata hamba-Nya. Perjalanan yang kamu tempuh mungkin gelap, tetapi percayalah kepada TUHAN, dan bersandarlah kepada Allah kamu.

11Hai kamu semua yang merancang untuk membinasakan orang lain, kamu akan dibinasakan oleh rancangan kamu sendiri. TUHAN sendiri akan menyebabkan perkara ini berlaku, dan kamu akan menderita kesudahan yang malang.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 50 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran